Morning sickness merupakan salah satu tanda yang mommies mengandung.  Biasanya morning sickness ini terjadi pada Trimester Pertama dan bagi sesetengah wanita, ia mungkin berlarutan sehingga trimester ke Tiga.

Mommies akan berasa mual dan nak muntah. Walaupun dia dipanggil morning sickness, tapi ia boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja, tengah hari, petang mahupun malam. Ia juga mungkin boleh berlarut seharian bagi sesetengah wanita.

Tahukah Mommies?

  • Lebih dari 50 peratus wanita yang mengandung akan mengalami morning sickness.
  • Morning sickness boleh dirawat melalui beberapa cara antaranya melalui pemakanan, rehat yang cukup, dan acupressure.
  • Rawatan perubatan hanya perlu dilakukan kepada mommies yang mengalami morning sickness yang teruk.
  • Penggunaan ubat ketika mengandung perlu mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu.

Mual ketika mengandung sering dikaitkan dengan kadar estrogen ibu mengandung meningkat, paras glukosa dalam darah kurang yang menyebabkan plasenta mommies memerlukan lebih tenaga dan berasa sensitif dengan bau-bauan.

TAHUKAH MOMMIES, MORNING SICKNESS ITU SEBENARNYA BAIK?

Kerana “Mual dan muntah ketika hamil adalah satu keadaan untuk meningkatkan kualiti nutrisi dan melindungi janin dari sebarang risiko yang merbahaya.,”  Dr. Ronna L. Chan.

Namun morning sickness teruk boleh membuatkan badan mommies berasa lemah dan tidak bertenaga. Bagi mommies yang mengalami morning sickness yang teruk sehingga mommies:

  1. Berat badan mommies turun melebih yang sepatutnya.
  2. Mommies muntah sehingga keluar darah, samada merah atau hitam.
  3. Mommies muntah melebihi dari 4 kali sehari.
  4. Mommies berasa badan mommies lemah dan kurang air.Mommies perlu berjumpa doktor dengan segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Bagaimana ye nak kurangkan morning sickness ni?

1. Minum air masak

Selain dapat mengatasi rasa mual dan nak muntah, ia boleh membantu badan anda to stay hydrated dan meningkatkan sistem pencernaan. Ketika mommies mengandung, amat penting untuk badan mommies kekal terhidrasi.

Mommies boleh campurkan buah dalam minuman mommies untuk membantu mommies mudah minum seperti lemon, strawberry, limau nipis, atau daun mint. Minuman mommies akan jadi lebih sedap dan mommies akan lebih bersemangat untuk minum. Yeayy!

2. Amalkan Makanan yang Sihat

Elakkan dari memakan makanan yang terlalu pedas dan berlemak dan minuman berkafein boleh membuatkan perut mommies mengeluarkan asid.

Makan dalam kuantiti yang sedikit boleh mengurangkan mommies muntah tetapi masih mempunyai makanan didalam perut. Sebenarnya, bila mommies tak makan, mommies akan lagi mudah berasa mual dan nak muntah. Elakkan dari membiarkan perut mommies kosong.

Mommies boleh letakkan makanan ringan yang sihat seperti biskut di tepi katil agar ketika pagi, sebelum mommies bangun dari katil, mommies boleh makan. Perut mommies tidak akan kosong!

3. Minum air Halia

Halia boleh meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid dalam perut. Ia membantu mommies untuk tidak berasa pening, mual dan nak muntah. Campurkan sedikit dalam teh mommies setiap pagi.

4. Amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh mambantu dalam melegakan morning sickness. Ramai pengguna Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura berasa lebih bertenaga dan morning sickness mereka berkurang dan tiada. Bagi ibu mengandung, Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh diambil seawal usia kandungan 2 bulan sehingga hari bersalin. Di awal kehamilan, Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura akan membantu mommies dalam mengurangkan morning sickness, tingkatkan HB Low mommies, menstabilkan tekanan darah mommies, menstabilkan paras glukosa dalam darah dan memberi mommies tenaga. Ambil 3 biji pagi selepas sarapan dan 3 biji sebelum tidur Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura.

5. Dapatkan Rehat yang Secukupnya

Mommies yang sedang mengandung perlu mendapatkan tidur yang secukupnya. Semakin perut mommies membesar, mommies akan mengalami perubahan pada bentuk badan. Matternity pillow dapat membantu mommies tidur dengan lebih selesa kerana ia memberi sokongan kepada belakang badan mommies dan perut mommies.

Tidur seketika ketika siang juga dapat membantu mommies mengurangkan morning sickness tetapi bukan selepas makan tau mommies, nanti mommies akan berasa lebih mual.

6. Kekal Aktif

Tahukah mommies jika mommies kekal aktif, ia boleh mengurangkan rasa morning sickness itu? Jika mommies sibukkan diri dengan lakukan aktiviti, ia boleh membuatkan minda mommies lupa akan rasa mual itu.

Mommies boleh baca buku, susun puzzles, menonton drama kegemaran mommies, lakukan aktiviti rumah yang ringan atau lakukan senaman ringan seperti berjalan di keliling kawasan rumah mommies.

7. Pakai  Pakaian yang Longgar dan Selesa

Siapa tahu pakaian pun boleh memberi kesan kepada morning sickness kan? Mommies yang memakai pakaian yang longgar dan selera akan berasa kurang mual berbanding mommies yang memakai pakaian yang ketat dan tidak selesa.

______________________________________________________________________________

Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura boleh didapatkan di www.daura.com.my. Mommies hanya perlu amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura 2 kali sehari bagi mengurangkan risiko morning sickness.

D'Aura rasberi banner
D'Aura Shopee logo
D'Aura whatsapp button water heater city banner