D'Aura https://daura.com.my Virgin Coconut Oil Products Wed, 17 Apr 2024 07:59:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.5 https://daura.com.my/wp-content/uploads/2020/01/favicon-daura-100x100.png D'Aura https://daura.com.my 32 32 10 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA (VCO) UNTUK IBU HAMIL https://daura.com.my/10-manfaat-minyak-kelapa-dara-vco-untuk-ibu-hamil/ Fri, 07 Jul 2023 07:08:00 +0000 https://daura.com.my/?p=6077

Bagi ibu hamil, mereka akan mengalami perubahan seperti tidur tidak lena, perubahan hormon, rambut gugur , sentiasa berasa lapar, ketidakcernaan, kulit kering dan sebagainya.

Minyak kelapa dara (VCO) mempunyai 1001 khasiat yang memberi manfaat kepada semua orang, termasuk ibu hamil.

Salah satu alternatif yang semula jadi dan tidak berbahaya untuk ibu hamil dan kandungan. Mommies boleh minum Minyak Kelapa Dara (VCO) iaitu dengan amalkan 2 sudu sehari, campurkan dalam minuman mommies, atau gunakan sebagai minyak masak (VCO).

  1. Meningkatkan Imun Sistem Badan

Dengan mengamalkan 2 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura Imun sistem badan kerana Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura bersifat anti kulat, anti virus, dan anti bakteria. Melindungi mommies dan kandungan mommies dari selesema, demam, dan sebagainya. Mommies boleh campurkan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura dalam minuman mommies.

  1. Mengurangkan Morning Sickness

Satu sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura boleh membantu mengurangkan “morning sickness” dan” pregnancy heartburn.” Mommies juga boleh campurkan 1 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura di dalam teh atau susu mommies. Mommies akan kurang rasa mual dan lebih bertenaga dalam melakukan aktiviti harian. Mommies akan lebih berselera untuk makan dan segala nutrisi akan terserap untuk mommies dan kandungan mommies.

  1. Menstabilkan Hemoglobin (HB) Rendah

Kadar HB Rendah boleh membuatkan mommies mudah berasa penat, sakit kepala dan sesak nafas.  Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura mempunyai kandungan zat besi yang boleh membantu menstabilkan HB Rendah mommies. Sekaligus, ia dapat membantu memberi tenaga kepada mommies dalam menjalani kehidupan seharian.

  1. Meningkatkan Pengeluaran Susu yang Berkualiti

Asid laurik adalah sangat penting dalam menghasilkan susu ibu. Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura merupakan sumber asid lauric yang terbaik. Asid Laurik membantu meningkatkan pengeluaran susu ketika dan selepas hamil dan menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Bayi yang sihat memerlukan susu ibu yang sihat dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak.

  1. Memudahkan Proses Bersalin

Sejak dari turun temurun Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura ini memang digunkan oleh ibu-ibu mengandung untuk mambantu memudahkan proses kelahiran. Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura boleh digunakan sebagai minyak urutan perineum pada hujung kehamilan, bermula dari usia kandungan 35 minggu sehingga hari bersalin, ia dapat mengurangkan risiko koyak semasa mommies meneran. Selain itu juga, Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura boleh melembuatkan pembukaan servkis sebelum berlakunya kontraksi. Mommies hanya perlu amalkan 2 sudu sehari. (sebaiknya amalkan dari awal kehamilan)

  1. Melembutkan dan Melembapkan Kulit

Perubahan hormone ketika hamil boleh menyebabkan kulit mommies menjadi kering. Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura juga sesuai digunakan untuk luaran kerana ia boleh melembutkan dan melembapkan kulit. Mommies boleh sapukan setitik Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura pada kulit wajah mommies malam sebelum tidur. Mommies juga boleh sapukan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura pada seluruh badan mommies atau pada kulit mommies yang kering. Esok apabila mommies bangun tidur, say bye-bye to kulit kering! Ia juga berkesan untuk mengecutkan musuh utama wanita iaitu jerawat!

  1. Mengurangkan Stretch Marks

Oh no! Ada stretch marks! Stretch marks ketika hamil adalah perkara yang biasa ini kerana tubuh mommies sedang berkembang dengan cepat. Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura kaya dengan asid lemak tepu dimana ia boleh meningkatkan keanjalan kulit dan merawat stretch mark. Sapukan 2 atau 3 kali sehari terutama sekali selepas mommies mandi. Ketika itu, kulit mommies akan lebih menyerap Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura dan akan membuatkan kulit mommies lebih lembap dan anjal. Jika mommies nak sapu lebih dari 3 kali pun tiada masalah hehe.

  1. Boleh Menggantikan Produk Tenusu

Meskipun produk tenusu mempunyai pelbagai khasiat namun bukan semua wanita hamil sesuai untuk amalkan Produk Tenusu seperti susu lembu. Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat sesuai digantikan dengan produk tenusu agar mommies akan terus mendapat khasiat yang banyak.

  1. Boleh Dijadikan sebagai Eye Cream

Proses kehamilan boleh membuatkan mommies berasa penat dan tidak cukup tidur terutama sekali apabila mommies memasuki Trimester ke-Tiga. Mommies boleh gunakan titikkan sedikit Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura pada jari manis mommies, dan letakkan pada bahagian bawah mata mommies dan lakukan gerakan secara pusingan dari bahagian bawah mata sehingga ke bawah kening mommies.

Okay mommies. Berikut merupakan antara 9 Manfaat Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura untuk ibu hamil. Mommies boleh amalkan 2 kali sehari bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya.

]]>
7 SIMPTOM MENGANDUNG PALING TERANG DAN JELAS https://daura.com.my/7-simptom-mengandung-paling-terang-dan-jelas/ Sun, 02 Jul 2023 02:51:53 +0000 https://daura.com.my/?p=1769

Simptom-simptom mengandung berbeza mengikut individu, tempoh dan kekerapan. Bagi sesetengah wanita, tanda-tanda mengandung itu boleh dirasai seawal minggu pertama. Bagi wanita yang baru pertama kali hamil mungkin mommies tidak akan perasan.

Bagi memastikan yang mommies pregnant, mommies boleh mengambil pregnancy test dahulu. Mommies boleh lakukan di rumah atau mommies boleh terus dapatkan kepastian dari doktor. 

Berikut merupakan antara Simptom Mengandung Paling Terang dan Jelas

1. Lewat datang haid

Tanda kehamilan yang paling jelas bagi sebahagian besar wanita, dan membuatkan mommies untuk lakukan pregnancy test ialah lewat datang haid. Haid yang lambat mungkin boleh menjadi petanda anda hamil terutama sekali kepada wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 

2. Payudara semakin besar

Antara tanda awal kehamilan ialah perubahan pada payudara. Payudara anda akan menjadi lebih sensitive terutama sekali pada bahagian puting dan lebih besar kerana bengkak dan tegang. Ianya akan menjadi lebih berat atau penuh atau akan terasa sangat lembut apabila dipegang. Puting payudara, atau dipanggil areola, akan menjadi lebih gelap juga. 

3. Mudah berasa penat

Ketika awal kehamilan, mommies akan mudah berasa penat dan ianya normal. Mommies akan mudah berasa penat kerana perubahan pada hormon dan fizikal. Badan mommies sedang bekerja untuk menyesuaikan diri. Mommies perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Selain itu, perbanyakkan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi kerana ia dapat membantu mengimbanginya.

4. Kerap ke Tandas

Antara tanda mengandung adalah sering membuang air kecil. Kebiasaannya ia akan bermula pada minggu ke 6 atau 8. Dari kajian, ia ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan. Ketika mengandung badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu dan bayi. Jadi lebih banyak darah ada dalam badan. Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis. Sebab itu mommies akan rasa asyik nak kencing. Lebih kerap dari biasa mommies kerap ke tandas.

5. Morning Sickness

Tahukah mommies, morning sickness itu sebenarnya baik?

“Mual dan muntah ketika hamil adalah satu keadaan untuk meningkatkan kualiti nutrisi dan melindungi janin dari sebarang risiko yang merbahaya.,”  Dr. Ronna L. Chan

Kebiasaannya, Morning Sickness terjadi pada awal kehamilan. Namun, terdapat segelintir wanita mengandung yang akan mengalami simptom mengandung ini sehingga trimester ke 3. 3 dari 4 wanita hamil akan berasa loya atau morning sickness. Ia boleh terjadi bukan pada waktu pagi sahaja tetapi pada waktu tengah hari, petang dan malam. Disebabkan ini, mommies akan berasa kurang selera untuk makan. 

Mommies akan mula teringin nak makan asam atau jeruk bagi mengurangkan rasa mual dan loya. Sekiranya mommies kerap muntah, pastikan mommies minum air untuk mengekalkan hidrat. Gejala ini akan mula berkurang saat kandungan mencecah minggu ke 13 atau 14.

Antara cara yang mommies boleh lakukan bagi mengurangkan morning sickness ialah dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) 2 kali sehari. Ia akan membantu dalam memberi mommies tenaga dan mengurangkan rasa loya. 

6. Sakit Kepala

Mommies akan mudah untuk sakit kepala pada awal kehamilan. Ini kerana terdapat peningkatan peredaran darah mommies akibat dari perubahan hormon yang kerap. Selain itu juga ia berlaku kerana mommies berasa penat, mual, lelah dan tekanan darah yang rendah. Mommies dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mommies dilarang mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat dari doktor. Ini kerana, ubat-ubatan tersebut mungkin tidak sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung. 

7. Pendarahan Implantasi 

Pendarahan Implantasi kebiasaannya sedikit tidak seperti ketika haid dimana mommies perlu memakai tuala wanita. Mommies juga akan berasa sedikit kejang atau ketidakselesaan di kawasan perut iaitu bahagian abdomen bawah. Kekejangan ini berlaku selama satu hingga dua hari sahaja. Proses implantasi adalah bagi membenamkan blastocyst ke dalam rahim mommies.


Berikut merupakan 7 Simptom Mengandung yang mommies boleh check dahulu sebelum lakukan ujian kehamilan. Bagi mendapatkan hasil yang tepat, ujian kehamilan perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu selepas terlepas tempoh haid.

Jika diambil terlalu awal, ia boleh cenderung kepada jawapan yang tidak tepat atau palsu. Ia boleh menjadi negatif meskipun mommies hamil. Mommies juga dinasihatkan untuk mengambil ujian kehamilan sebaik bangun dari tidur kerana air kencing pada waktu pagi pekat. 

D’Aura mendoakan semoga segala urusan mommies dipermudahkan dan kepada mommies yang baru pertama kali hamil, semoga selamat berjaya!

]]>
9 AKIBAT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL (GDM TINGGI) https://daura.com.my/9-akibat-kencing-manis-gdm-kepada-ibu-mengandung/ Sat, 01 Jul 2023 04:44:35 +0000 https://daura.com.my/?p=4446

Kencing manis atau dikenali Gestational Diabetes Mellitus (GDM) amat bahaya untuk ibu hamil kerana GDM boleh membawa risiko yang serius kepada mommies dan juga kandungan mommies. GDM ibu hamil ialah apabila wanita mengandung tersebut mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi berbanding wanita mengandung yang lain.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHIDAP GDM?

  1. Wanita berusia 25 ke atas.
  2. Mempunyai berat berlebihan sebelum mengandung
  3. Sejarah keluarga menghidap diabetes
  4. Menghidap GDM ketika kehamilan sebelum ini
  5. Mempunyai masalah kehamilan seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan dan keguguran.
  6. Pernah melahirkan bayi melebihi 4kg, lahir meninggal atau bayi yang dilahirkan cacat

 9 AKIBAT GDM SEMASA HAMIL 

  1. Bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin.
  2. Bayi mommies akan membesar secara berlebihan di dalam rahim.
  3. Mommies akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction)
  4. Terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
  5. Jika mommies bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
  6. Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
  7. Bayi mommies yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran.
  8. Maka, bayi mommies perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
  9. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

5 TANDA KENCING MANIS/ GDM IBU HAMIL

Kebiasaanya, penyakit kencing manis ini boleh dikesan dengan ibu hamil minum air gula.

  1. Berat badan naik mendadak

Berat naik ketika hamil itu adalah normal namun yang menjadi tidak normal ialah apabila berat badan naik secara mendadak. Selain itu, jika berat badan wanita melebihi 80kg sebelum hamil, dia lebih berisiko utk menghidap diabetes gestasi.

  1. Penglihatan menjadi kabur

Anda juga akan mengalami sedikit masalah penglihatan. Ia terjadi kerana kadar gula dalam darah terlalu tinggi sehingga terdapat bahagian dalam mata membengkak.

  1. Kerap buang air kecil

Ibu hamil yang menghidap kencing manis akan kerap ke tandas lebih dari wanita hamil yang biasa. Meskipun begitu, terdapat segelintir wanita hamil yang menghidap kencing manis tidak merasakan simptom ini.

  1. Selalu dahaga dan lapar

Adakah mulut anda berasa kering sehingga bibir menjadi luka? Kehausan dan kelaparan juga merupakan antara simptom kencing manis. Mommies perlu minum air lebih dari biasa mommies minum. 

  1. Rasa letih yang melampau

Anda akan berasa amat letih sepanjang mengandung tanpa mengira waktu. Bagi dapatkan kepastian, mommies boleh dapatkan nasihat dari doktor. 

4 CARA MENGATASI GDM KETIKA MENGANDUNG

1.Amalkan pemakanan yang sihat & seimbang

Pilih makanan yang kaya dengan serat serta rendah lemak dan rendah kalori. Lebihkan buah-buahan, sayur dan ulam. Mommies juga perlu mengawal portion yang mommies ambil. Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh menstabilkan paras glukosa dalam darah. Mommies hanya perlu amalkan 2 sudu sehari, pagi selepas sarapan dan sebelum tidur. 

2. Kekal aktif

Jika mommies lakukan senaman sebelum dan ketika mengandung, ia boleh membantu mommies untuk kurangkan risiko menhgidap GDM. Lakukan aktiviti yang mommies suka sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Berjalan di taman. Berbasikal. Berenang. 

3. Mulakan perjalanan hamil dengan berat yang sesuai

Jika mommies sedang merancang untuk mengandung, pastikan BMI mommies normal. Jika mommies mempunyai berat berlebihan, mommies perlu amalkan gaya hidup yang sihat bagi mengurangkan berat badan. 

4. Ikuti berat yang disyorkan oleh doktor.

Berat naik ketika mengandung adalah perkara yang normal dan sihat. Namun, jika berat mommies naik secara mendadak, mommies mempunyai risiko untuk menghidap GDM. Dapatkan nasihat dari doktor berat yang mommies perlukan. 

Maka, mommies perlu mengawal pengambilan makanan dan senaman sepanjang tempoh kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada mommies dan juga bayi mommies.

 

Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura mempunyai banyak khasiat dan sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Amalkan 2 sudu sehari bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya.

]]>
MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MENGURANGKAN EKZEMA https://daura.com.my/minyak-kelapa-dara-membantu-mengurangkan-ekzema/ Tue, 22 Feb 2022 02:24:04 +0000 https://daura.com.my/?p=56199

MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara terkenal dengan aroma dan rasa yang enak, selain tinggi antioksidan, asid lemak yang sihat, dan sumber vitamin dan mineral. Penggunaannya adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Minyak Kelapa Dara di D’Aura diproses menggunakan kaedah cold press bagi memastikan khasiat yang terhasil dan kualiti minyak terjaga.

MANFAAT MINYAK KELAPA DARA

1.

2.

3.

4.

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

]]>
Bagaimana Insulin Membantu Kencing Manis https://daura.com.my/bagaimana-insulin-membantu-kencing-manis/ Tue, 14 Dec 2021 09:01:52 +0000 https://daura.com.my/?p=53685

Diabetes atau kencing manis adalah satu daripada 10 penyakit yang membawa kematian di Malaysia.

BAGAIMANA INSULIN BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN GULA

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh Pankreas bagi membantu untuk mengawal paras gula dalam badan. Insulin akan memastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Jika anda penghidap Kencing Manis, Pankreas anda tidak menghasilkan Insulin yang mencukupi atau badan anda tidak memberi tindak balas yang baik terhadap Insulin. Badan anda memerlukan Insulin bagi memastikan paras gula dalam darah anda berada pada paras yang baik. 

Bagaimana Kencing Manis Memberi Kesan kepada Penghasilan Insulin

Setiap jenis Diabetes boleh memberi kesan yang berbeza terhadap penghasilan Insulin. Diabetes Type 1 menyebabkan kerosakan pada sel beta pada Pankreas dan membuatkan Pankreas anda tidak dapat menghasilkan Insulin. Manakala Diabetes Type 2 pula secara beransur-ansur akan membuatkan sel beta anda sukar untuk bekerja, dan membuatkan sel-sel dalam badan anda sukar untuk menyerap dan menggunakan Insulin dengan sempurna.

Kandungan gula yang terdapat dalam makanan anda akan meningkatkan paras glukosa dalam darah anda. Sekiranya kandungan gula dalam darah anda secara berterusan tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah. Lama kelamaan, kencing manis boleh menyebabkan anda menghadapi masalah urat saraf, penglihatan, buah pinggang, hati, dan organ lain.

Tahukah anda, mereka yang menghidap Diabetes Type 1 dan sesetengah Diabetes Type 2 mengambil Insulin buatan makmal bagi mengawal gula dalam darah mereka?

Bagaimana Insulin membantu Pesakit Diabetes?

Rawatan Insulin ini sama dengan Insulin semula jadi yang dihasilkan oleh Pankreas. Selepas anda makan, badan anda akan MENUKARKAN karbohidrat menjadi glukosa. Glukosa tersebut akan masuk ke saluran darah anda dan menyebabkan paras gula dalam darah anda akan meningkat. 

Apabila penghidap diabetes mengambil Insulin, ia akan membantu untuk memindahkan Glukosa keluar dari saluran darah anda dan  ke dalam sel. Sel anda akan menggunakan sedikit gula untuk menghasilkan tenaga dan kemudian menyimpan sebarang sisa gula dalam lemak, otot dan hati anda untuk digunakan kemudian.

Sebaik sahaja gula bergerak ke dalam sel anda, paras glukosa darah anda akan kembali normal.

BAGAIMANA MINYAK KELAPA DARA D’AURA MEMBANTU MENGAWAL MASALAH KENCING MANIS?

Terdapat satu Nutrien penting di dalam Minyak Kelapa Dara yang di kenali sebagai “Medium Chain Fatty Acid”. Minyak Kelapa Dara terdiri daripada lebih kurang 60%  Medium Chain Fatty Acid ini

Medium Chain Fatty Acid

Medium Chain Fatty Acid juga di kenali sebagai Lemak Tepu Rantaian Sederhana.

Berbeza dengan Lemak Tepu lain seperti Produk Tenusu, Susu Lembu, Mentega dan Daging, Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Asid Laurik mempunyai tinggi kandungan MCFA.

MCFA sangat mudah untuk diuraikan kepada tenaga.

Dan menariknya, tidak seperti Asid Tepu yang lain, Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak berlebihan di dalam badan. Malah ianya baik untuk jantung dan mengawal kencing manis!

 

Bagaimana MCFA Membantu Mengawal Kencing Manis?

Secara asasnya, kita semua sedia maklum bahawa Pesakit Kencing Manis perlu menjaga pemakanan terutamanya pengambilan Glukos/Gula serta Karbohidrat (Nasi).

 Pengambilan Gula akan meningkatkan lagi kandungan glukos dalam darah dan seterusnya akan memburukkan lagi keadaan.

Tanpa pengambilan gula dan nasi (karbohidrat), pesakit Kencing Manis sudah tentunya akan merasa cepat penat dan tidak bermaya kerana tiada glukos untuk ditukarkan kepada tenaga.

Di sini Minyak Kelapa Dara D’Aura memainkan peranan penting sebagai pembekal sumber tenaga bersih dan selamat tanpa perlu mengambil sebarang gula tambahan.

MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara akan terus ditukarkan kepada tenaga dalam masa yang sangat singkat kerana sifat rantaian sederhananya sangat mudah dicerna dan diurai.

Jadi Pesakit Kencing Manis tidak perlu risau lagi tiada tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian. 

Amalkan Minyak Kelapa Dara hari ini dan secara tidak langsung dapat mengawal pengambilan gula ke dalam badan.

 

INSULIN DAN MINYAK KELAPA DARA

Insulin ada sejenis Hormon yang dihasilkan oleh Pankreas yang berfungsi sebagai kunci yang menukarkan glukos kepada tenaga ke sel-sel di seluruh badan.

Masalah Kencing Manis lazimnya terjadi disebabkan oleh 2 keadaan iaitu – 

1. Pankreas tidak dapat menghasilkan Insulin yang mencukupi

2. Insulin yang dihasilkan tidak berfungsi dengan baik

MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU PENGHASILAN INSULIN

Minyak Kelapa Dara yang mengandungi tinggi kandungan Asid Laurik dan Asid Kaprik membantu meningkatkan abiliti Pankreas untuk menghasilkan hormon insulin.

Apabila Pankreas menghasilkan lebih banyak Hormon Insulin, maka lebih banyak glukos dari dalam darah dapat ditukarkan kepada tenaga. Ini secara tidak langsung mengurangkan glukos di dalam saluran darah.

MINYAK KELAPA DARA SEBAGAI PENGGANTI INSULIN

Diingatkan, Minyak Kelapa Dara bukanlah berfungsi sama seperti Insulin iaitu membantu Glukos untuk diserapkan ke dalam sel badan.

Namun tujuan Glukos diserapkan ke dalam sel adalah untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi seperti biasa.

Di sini Minyak Kelapa Dara bertindak membekalkan tenaga kepada sel-sel diseluruh badan tanpa perlu bargantung kepada insulin dan glukos lagi.

 

PESANAN PERUBATAN

  • Diingatkan, Penyakit Kenicng Manis diklasifikasikan sebagai Penyakit yang tiada penawar dan tidak boleh sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun kandungan Gula dalam darah pesakit telah turun ke paras normal, namun pesakit tidak akan dikategorikan sebagai sembuh menurut KKM.

 

  • Pengambilan Minyak Kelapa Dara atau apa saja ubat klinik tidak akan dapat menyembuhkan masalah Kencing Manis anda. Penggunaan Minyak Kelapa Dara cuma untuk mengawal Kencing Manis sahaja. 

  • Sekiranya anda ada mengambil ubatan atau Insulin dari Klinik/Hospital, sila teruskan penggunaan tersebut. Jarakkan 1 jam dari penggunaan Minyak Kelapa Dara. 

  • Jika terdapat simptom-simptom tindakbalas yang tidak serasi dengan badan anda, sila hentikan pengambilan Minyak Kelapa Dara dan dapatkan khidmat nasihat dari Doktor Perubatan yang bertauliah.

]]>
20 KHASIAT MINYAK KELAPA DARA KEPADA KESIHATAN DAN KECANTIKAN https://daura.com.my/20-khasiat-minyak-kelapa-dara-kepada-kesihatan-dan-kecantikan/ Wed, 07 Apr 2021 13:39:45 +0000 https://daura.com.my/?p=36992

20 KHASIAT MINYAK KELAPA DARA KEPADA KESIHATAN

Suatu masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan Minyak Kelapa Dara bagi menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka.

Seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai Khasiat dan Manfaat.

Jom kita lihat kandungan utama Minyak Kelapa Dara

3 KANDUNGAN UTAMA MINYAK KELAPA DARA

MEDIUM CHAIN FATTY ACID (MCFA)

Minyak Kelapa Dara mempunyai kira-kira 50-55% kandungan iaitu ASID LAURIK.

Kelebihan UTAMA MCFA yang sangat jarang ditemui adalah sifatnya yang sangat mudah diproses menjadi tenaga. Selain itu ianya juga bersifat Anti-Fungal, Anti-Microbial serta Anti-Viral.

Minyak Kelapa Dara mengandungi MCFA kedua tertinggi selepas Susu Ibu.

HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL)

HDL adalah satu nutrisi yang sangat-sangat dicari-cari Pakar Perubatan Dunia. Ianya juga dikenali sebagai Kolestrol Baik.

Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah.

ANTI-OKSIDA

Anti-Oksida adalah Nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan Radikal Bebas.

Radikal Bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser.

20 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA BERDASARKAN KAJIAN SAINTIFIK

MEMBAIKI SISTEM PENGHADAMAN DAN SEMBELIT

Salah satu sifat MCFA yang istimewa adalah ianya bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal serta Anti-Viral.

Ini bermakna MCFA akan membantu untuk melawan kuman serta virus di dalam badan. 

Masalah kesihatan yang berkaitan sistem penghadaman seperti gastrik, gerd malah sembelit lazimnya disebabkan jangkitan kuman di dalam usus manusia.

MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara ini akan membantu membunuh serta mencegah dan secara tidak langsung akan membaiki sistem penghadaman manusia. 

Maka tiada lagi masalah sembelit!

MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG, STROK SERTA DARAH TINGGI

Salah satu kandungan utama di dalam Minyak Kelapa Dara adalah HDL yang lebih dikenali sebagai Kolestrol Baik.

HDL sangat diperlukan oleh badan kerana fungsinya iaitu membantu mencuci saluran darah dari Kolestrol yang melekat pada dindingnya.

Dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara, kita dapat memastikan Saluran Darah kita sentiasa bersih dari Kolestrol Jahat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti Penyakit Jantung, Strok serta Darah Tinggi.

MEMBANTU MENGAWAL DIABETIS

Masalah Diabetis adalah disebabkan oleh Rintangan Insulin di mana Insulin di dalam badan seseorang tidak dapat bekerja dengan baik untuk menukarkan Gula dalam darah kepada tenaga.

Maka Gula dalam darah akan meningkat dan mendatangkan pelbagai lagi masalah lain.

Kandungan MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan keberkesanan Insulin untuk bekerja dengan lebih baik.

Juga dengan menggantikan Gula dengan Minyak Kelapa Dara sebagai sumber tenaga dapat membantu mengawal Diabetis secara tidak langsung.

MESRA HATI DAN HEMPEDU

Hati merupakan salah satu organ dalam badan manusia yang sangat penting kerana iainya melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah menhasilakan tenaga dari Gula, me-NyahToksin, membina Protein serta Hormon,  serat menghasilkan hempedu bagi proses penghadaman.

Menariknya, bagi memproses MCFA dari Minyak Kelapa Dara, hati tidak perlu mengahsilkan hempedu dan ini akan mengurangkan kerja Hati.

MCFA yang bersifat anti microbial dapat membantu hati dari diserang oleh bakteria dan kuman berbahaya. Malah ianya dapat membantu mengawal masalah keradangan hati.

MENAMBAHBAIK FUNGSI BUAH PINGGANG

Kajian Saintifik yang dijalankan pada 2014 oleh Universiti Okure, Nigeria mendapati Minyak Kelapa Dara dapat membantu menambahbaik fungsi Buah Pinggang yang merosot disebabkan oleh masalah DIabetis.

MCFA yang diproses di hati tanpa melibatkan gula akan membantu mengurangkan beban buah pinggang.

Mengamalkan Minyak Kelapa Dara secara berterusan dapat membantu mencegah penyakit buah pinggang serta hempedu.

Malah dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara dapat membantu pesakit batu karang dalam menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang.

MENCEGAH DAN MELAMBATKAN ALZHEIMER, PARKINSON DAN DEMENTIA (NYANYUK)

Tahukah anda, makanan yang sangat disukai oleh Otak adalah “Ketone”.

Otak manusia memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Apabila kita semakin berusia, badan semakin berkurangan mendapat tenaga. Ini termasuklah otak.

MCFA yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara akan diproses untuk menghasilkan “Ketone” dan disalurkan ke Otak sebagai sumber tenaga.

Sel Otak yang menerima cukup tenaga yang mencukupi dari “ketone” akan dapat membantu mencegah serta melambatkan masalah yang berkaitan otak seperti Alzheimer, Parkinson serta Dementia (Nyanyuk)

MENGURANGKAN MASALAH OSTEOPROSIS & ARTHRITIS

Kajian dari Unit Farmakologi UKM pada 2012 mendapati kandungan MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat membantu mengukuhkan struktur tulang serta mencegah osteoprorosis.

60% MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara sangat menyerupai dengan komposisi susu ibu yang sememangnya diketahui ramai sangat baik untuk pertumbuhan tulang manusia.

Anti-oksida di dalam Minyak Kelapa Dara yang dikenali sebagai Polyphenol didapati dapat membantu mengurangkan bengkak serta keradangan yang disebabkan oleh masalah Arthritis.

 

SUMBER TENAGA BERSIH DAN PANTAS

Berbeza dengan Gula dan Karbohidrat seperti Nasi putih, Minyak Kelapa Dara yang tinggi kandungan MCFA akan diproses kepada Tenaga dengan sangat pantas. 

Dan yang lebih menakjubkan adalah ianya tidak akan disimpan di dalam badan sebagai lemak yang berlebihan.

Jika ada mempunyai masalah DIabetis, Minyak Kelapa Dara adalah Solusi Terbaik bagi menggantikan Gula/Nasi sebagai sumber tenaga utama.

MENCEGAH MASALAH GANGGUAN TIROID

Dr Joseph Mercola dari Amerika Syarikat mendapati Minyak Kelapa Dara mampu mencegah masalah gangguan tiroid.

“Tidak seperti Minyak Soya dan lain-lain minyak sayuran, Minyak Kelapa Dara tidak mengganggu fungsi Tiroid. Ia mempunyai sifat anti-keradangan yang dapat mengurangkan keradangan Tiroid yang jika tidak dikawal mungkin berakhir dengan hypothyroidism and hyperthyroidism.”

 

MENINGKATKAN IMUNITI BADAN

2 komponen utama di dalam Minyak Kelapa Dara iaitu Asid Laurik dan Asid Caprilik bersifat Anti-Viral. Kedua komponen ini sangat dikenali sebagai ejen yang sangat baik untuk melawan jangkitan kulat (Candida), bakteria jahat serta kuman di dalam dan luar badan.

MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN (1)

MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan pembakaran Kalori di dalam badan.

Kajian mendapati pengambilan 15g-30g dapat meningkatkan pembakaran kalori sehingga 5% berbanding asid lemak yang lain.

 

MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN (2)

Dan yang lebih menariknya adalah MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak lebihan.

Setiap Asid Lemak dari Minyak Kelapa Dara yang diambil akan terus ditukarkan kepada tenaga tanpa disimpan menjadi lemak berlebihan yang menjadi punca utama Obesiti.

MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN (3)

Apabila MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara ditukarkan kepada tenaga dalam bentuk Ketone, ianya akan memberikan kesan “Kenyang” kepada pengambil Minyak Kelapa Dara.

Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan selera makan seseorang.

Satu kajian mendapati sesorang yang mengambil Minyak Kelapa Dara di waktu pagi, akan kurang mengambil kalori semasa makan tengahari.

 

 

 

MENGAWAL STRES DAN DEPRESI

Kandungan Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara terbukti dapat membantu mengawal stres atau tekanan dan seterusnya dapat membantu mengurangkan masalah depressi.

Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara bertindak melawan Radikal Bebas dan seterusnya akan membantu mengimbangi paras anti-oksida di dalam otak manusia dan seterusnya membantu mengawal stres dan tekanan.

MENGUATKAN RAMBUT DAN AKAR RAMBUT

Sekali lagi, Asid Laurik dalam bentuk MCFA memainkan peranan dalam menjaga kesihatan rambut anda.

Tahukah anda, punca utama kesihatan rambut merosot adalah disebabkan rambut kehilangan protein yang seterusnya mengakibatkan rambut gugur dan rosak.

Berdasarkan kajian saintifik, pengkaji mendapati Minyak Kelapa Dara sangat baik dalam membantu mencegah masalah kehilangan protein pada rambut.

 

MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN AWET MUDA

Untuk menjaga kesihatan Kulit, anda boleh makan Minyak Kelapa Dara atau juga guna sebagai sapuan.

MCFA iaitu Asid Laurik yang terkenal dengan sifat AntI-Keradangan membantu Kulit untuk kekal lembap dan anjal.

Minyak Kelapa Dara menjadi bahan utama dalam kosmetik premium seperti Make Up Remover dan juga Cleanser yang dapat menjaga kesihatan kulit serta Awet Muda bagi penggunaan jangka panjang.

MENGURANGKAN MASALAH JANGKITAN KULIT

Minyak Kelapa Dara yang disapu terus pada kulit daat membantu masalah jangkitan yang disebabkan kuman, bakteria serta virus berbahaya.

MCFA yang bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal dan Anti-Viral dapat membantu mencegah serta membunuh kuman berbahaya.

Masalah penyakit kulit seperti Ekzema, Gataal-gatal, Jerawat, Kulat Air, Kudis, Kurap dan lain-lain akan dapat dikurangkan dengan sapuan secara langsung Minyak Kelapa Dara.

MENGURANGKAN KESAN PARUT

Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara sangat penting dalam melawan Radikal Bebas yang merosakkan kulit.

Sebagai ejen Anti-Oksida yang aktif, ianya akan membantu pembinaan Sel Kulit yang baru dan seterusnya akan menggantikan sel kulit yang rosak (Parut).

PELINCIR HUBUNGAN SEKS YANG SELAMAT

Kajian mendapati 30% daripada wanita sakit semasa melakukan hubungan seks disebabkan oleh kekeringan vagina.

Minyak Kelapa Dara boleh disapu pada kemaluan lelaki atau wanita sebelum hubungan kelamin sebagai pelincir dan mengurangkan masalah kekeringan vagina.

Penggunaan Minyak Kelapa Dara juga dapat meningkatkan deria dan saraf alat kelamin dan seterusnya memberikan kesan rangsangan yang lebih baik.

SUPERFOOD IBU HAMIL

Minyak Kelapa Dara telah terbukti sangat baik untuk ibu hamil dan telah diamalkan berkurun lamanya di Malaysia dan dunia am-nya.

Kandungan MCFA sangat membantu ibu hamil yang ada masalah berikut –

❤️ Atasi Morning Sickness
❤️ Kekal bertenaga sepanjang hari
❤️ Membantu naikkan HB Low
❤️ Mengawal GDM/ Kencing Manis
❤️ Mengurangkan masalah Sembelit dan Keputihan

RAMAI DI ANTARA KITA SEBENARNYA SUDAH TAHU AKAN KHASIAT SERTA MANFAAT MINYAK KELAPA DARA, NAMUN TERPAKSA MEMBATALKAN HASRAT UNTUK AMALKAN DISEBABKAN – 

TAK BOLEH TELAN JENIS MINYAK/CECAIR

KINI ANDA TAK PERLU RISAU LAGI.

SEMUA ORANG BOLEH AMALKAN

]]>
KENCING MANIS PEROSAK SARAF https://daura.com.my/kencing-manis-perosak-saraf/ Fri, 12 Mar 2021 07:16:26 +0000 https://daura.com.my/?p=32264

Tahukah anda, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan) jika penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil?

BAGAIMANA KENCING MANIS MEMBERI KESAN KEPADA KAKI ANDA?

Tahukah anda, lama kelamaan, masalah kencing manis boleh menyebabkan kerosakan urat saraf, atau dikenali sebagai neuropati diabetes. Di mana ia boleh menyebabkan kaki anda berasa kebas dan sakit, dan boleh membuat anda hilang “deria rasa” pada bahagian kaki. Apabila anda mula tiada rasa pada bahagian kaki, luka kecil yang ada pada kaki juga boleh anda tidak rasa, dan boleh menyebabkan luka tersebut dijangkiti dengan bakteria.

Penyakit kencing manis boleh mengurangkan jumlah aliran darah pada kaki anda. Sekiranya darah yang mengalir ke kaki tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan kaki anda yang sakit dan luka sukar untuk sembuh. Jangkitan ini pula boleh menyebabkan gangren. Gangren bermaksud kematian tisu badan kerana kekurangan aliran darah atau jangkitan bakteria yang serius. 

Gangren dan ulser kaki yang tidak sembuh melalui rawatan, boleh menyebabkan jari kaki atau kaki anda di amputasi. Pakar bedah melakukan amputasi pada kaki anda bagi mencegah jagkitan merebak ke seluruh badan anda, dan untuk menyelamatkan nyawa anda. Penjagaan kaki perlu dititik beratkan bagi mengelakkan jangkitan kuman dan gangren yang serius.

Kerosakan urat saraf yang disebabkan kencing manis boleh menyebabkan kaki anda berubah bentuk, seperti kaki Charcot. Kaki Charcot akan menimbulkan gejala berupa bengkak pada kaki, kemerahan dan kaki terasa panas apabila disentuh. 

APA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MEMELIHARA KESIHATAN KAKI SAYA?

  1. Periksa kaki anda setiap hari
  2. Basuh kaki anda setiap hari
  3. Pastikan kaki anda lembut dan licin
  4. Potong kuku kaki anda
  5. Sarung kasut atau stokin sepanjang masa
  6. Lindung kaki anda dari panas dan sejuk
  7. Pastikan darah mengalir ke kaki anda
  8. Amalkan diet yang sihat

1. Periksa kaki anda setiap hari

Anda mungkin mempunyai masalah pada kaki, tetapi anda mungkin tidak rasakan sakitnya. Sekiranya pemeriksaan pada kaki anda dilakukan setiap hari, anda boleh merawat masalah tersebut sebelum ia menjadi lebih serius. Anda boleh lakukan setiap hari ketika anda ingin membuka kasut. Jangan lupa untuk periksa bahagian celah jari juga. Jika anda menghadapi kesukaran untuk memeriksa, minta bantuan orang terdekat atau gunakan cermin sebagai panduan.

2. Basuh kaki anda setiap hari

Cuci kaki anda dengan sabun dalam air yang suam, bukan air panas. Kaki anda juga tidak perlu direndam kerana ia boleh menyebabkan kaki menjadi lebih kering. Setelah anda selesai mencuci kaki, sapukan bedak talkum pada celahan jari kaki anda. Ini kerana bahagian celah jari kaki mudah menjadi lembap. Bedak akan membuatkan kulit pada bahagian tersebut kering bagi mengelakkan jangkitan. 

3. Pastikan kaki anda lembut dan licin

Jika terdapat kulit kering atau kematu pada bahagian kaki anda, pastikan anda dapatkan rawatan sewajarnya dari doktor anda. Sekiranya anda mempunyai kerosakan saraf, kematu tersebut boleh menjadi lebih serius. 

Antara yang anda boleh gunakan bagi mengurangkan kulit kering tersebut ialah dengan menggunakan batu pumice atau batu apung selepas anda mandi. Batu apung merupakan sejenis batu yang boleh membantu menghilangkan sel kulit mati. Sapukan dengan perlahan, dan hanya dilakukan dalam satu arah, ini bagi mengelakkan kulit terkoyak. 

 Jangan sesekali anda memotong kulit kering atau kulit mati kerana ia boleh membuatkan kulit anda lebih muda dijangkiti bakteria. Bagi memastikan kulit anda kekal lembut dan licin, anda boleh sapukan losyen, krim atau  Minyak Kelapa Dara (VCO) pada kaki anda. 

4. Potong kuku kaki anda

Potong kuku kaki anda sekiranya perlu selepas anda basuh and keringkan anda. Potong kuku kaki anda secara lurus menggunakan pemotong kuku. Elakkan memotong kuku di bahagia sudut. Cara potongan ini akan mengurangkan risiko kuku jari tumbuh pada kulit dan membuatkan kulit anda terluka. 

5. Sarung kasut atau stokin sepanjang masa

Sebelum memakai kasut, pastikan ada periksa dahulu kasut anda agar tiada batu atau objek lain yang boleh lukakan kaki anda. Pastikan anda memakai stokin ketika anda memakai kasut bagi mengelakkan kaki anda melecet atau sakit. 

6. Lindung kaki anda dari panas dan sejuk

Jika anda mengalami kerosokan saraf, anda mungkin tidak dapat rasa sekiranya kaki anda sedang luka. Antara petua yang anda boleh amalkan bagi melindungi kaki: 

  1. Pakai kasut ketika anda berjalan di permukaan yang panas.
  2. Sapukan krim pelindung matahari.
  3. Jauhkan kaki anda dari pemanas dan tempat pembakaran.
  4. Jangan letakkan air panas pada bahagian kaki.
  5. Sarung stokin anda bagi mengelakkan kaki anda berasa sejuk ketika tidur. 

7.Pastikan darah mengalir ke kaki anda

Apa yang boleh anda lakukan bagi memastikan darah sentiasa mengalir di kaki anda:

  • Ketika anda duduk, pastikan kaki anda juga dilunjurkan paras yang sama.
  • Goyangkan kaki anda untuk beberapa minit setiap hari. Gerakkan buku lali anda ke atas dan ke bawah.
  • Elakkan dari memakai stokin yang terlalu ketat dan jangan ikat stokin yang longgar pada kaki anda dengan getah.
  • Aktifkan diri anda. Pilih aktiviti yang mudah untuk kaki anda seperti, berjalan, menari, yoga atau senaman renggangan, atau berenang. 

8. Amalkan diet yang sihat

Minyak Kelapa Dara mempunyai satu nutrien penting iaitu “Medium Chain Fatty Acid” atau Lemak Tepu Rantaian Sederhana. Berbeza dengan Lemak Tepu lain seperti Produk Tenusu, Susu Lembu, Mentega dan Daging, Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Asid Laurik mempunyai tinggi kandungan MCFA.

MCFA sangat mudah untuk diuraikan kepada tenaga. Dan menariknya, tidak seperti Asid Tepu yang lain, Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak berlebihan di dalam badan. Malah ianya baik untuk jantung dan mengawal kencing manis!

]]>
“AKU PESAKIT KRONIK” KISAH BENAR DARI “KENCING MANIS SURVIVOR” https://daura.com.my/aku-pesakit-kronik-dari-kisah-benar/ Mon, 18 Jan 2021 15:31:28 +0000 https://daura.com.my/?p=28812

Kisah ini dipetik dan disunting dari blog asal – dr-sabirinjaafar.blogspot.com

Semua manusia mengalami rasa sihat dan sakit. Tidak ada orang yang sihat sepanjang masa. Ramai orang takut jumpa doktor. Ramai yang menyembunyikan penyakit yang dihidapi. Bagi  aku biarlah orang tahu sakit kita sebab kalau musibah terjadi orang  mudah membantu.

YA AKU ADALAH PESAKIT KENCING MANIS YANG TEGAR

Aku disahkan pengidap semasa berumur 27 tahun. Sekarang umur aku 58 tahun. Maknanya sudah 31 tahun aku disahkan pengidap diabetes. 

PUNCA-PUNCA PENYAKIT DIABETIS

Semasa bekerja di Kuala Kubu Bharu, aku tinggal berseorangan. Peti Aisku penuh dengan pelbagai minuman manis seperti Coca-Cola, A&W, Air Tebu, Soya, Cincau dan pelbagai lagi. Semasa di Universiti, aku selalu ikat perut jadi kali ini apabila gaji aku memang aku sebat semua makanan. 

Tanda-tanda awal adalah aku selalu dahaga di tengah malam dan kerap hendak membuang air kecil semasa tidur. Apabila dahaga, aku akan minum air bergas yang ada di dalam peti aisku.

 Selepas berkahwin pada awal 90-an, isteri ku hairan melihat mangkuk tandas sering bersemut. Selepas didesak oleh isteri barulah aku ke klinik untuk melakukan ujian darah.

Dan 3 hari kemudian aku disahkan menghidap Kencing Manis oleh Doktor Manjit yang memeriksa aku ketika itu. Sebagai pesakit kencing manis, beliau mengatakan bahawa saya perlu mengawal makan terutamanya gula dan keduanya saya perlu makan ubat seumur hidup!

Dan yang paling mengejutkan aku ketika itu apabila beliau berkata, jika aku tidak mengawal makan dan makan ubat, aku akan –

MENDAPAT SERANGAN JANTUNG DAN STROK DALAM MASA 6 TAHUN SAHAJA!

Bayangkan ketika itu, umurku baru sahaja 27 tahun dan baru berkahwin. Isteri sedang mengandung anak pertama. Jika aku meninggal dunia, isteriku akan jadi janda muda dan anakku akan jadi anak yatim!

Alhamdulillah 6 tahun telah pun berakhir dan aku masih lagi Survive!

Aku pergi semula ke Klinik Dr Manjit untuk bertemu beliau untuk mengatakan aku telah berjaya survive sehingga sekarang namun sayangnya Dr Manjit telah pun meninggal dunia ketika itu dan cuma sempat berjumpa dengan rakan kongsi beliau sahaja iaitu Dr Kartar Singh.

 

BAGAIMANA AKU SURVIVE MASALAH KENCING MANIS SELAMA 31 TAHUN?

Tiada rahsia atau magik. Aku cuma perlu ikut apa yang Pakar Perubatan nasihatkan iaitu –

  1. Mengawal pengambilan gula. Yang ni yang paling susah sebab bukan setakat gula. Malah nasi juga kene catu. Tak makan nasi dan tak ambil gula maka akan cepat penat dan letih kan?
  2.  Aku makan ubat dari dulu hingga sekarang tanpa henti. Aku percaya ubat-ubatan moden ni.

Kepada pesakit Diabetis, jika anda terus mendengar nasihat pakar perubatan insyaallah anda akan selamat.

BAGAIMANA MENGAWAL PENGAMBILAN GULA?

Dilema utama pesakit Kencing Manis sudah tentunya pengambilan gula dan juga nasi putih. Mereka sedar tanpa pengambilan gula dan juga nasi putih, mereka akan tiada tenaga untuk melakukan tugasan harian. Malah sudah tentunya akan cepat letih.

Bagaimana jika terdapat satu suplimen yang diperakui di seluruh dunia melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh Colorado Coconut Center yang dapat menggantikan fungsi gula dan juga nasi putih, malah kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi, mahukah anda mencubanya untuk membantu anda mengawal gula dalam darah?

Jika jawapan anda “Ya” sila klik butang di bawah

]]>
1 DARI 3 PESAKIT DIABETIS YANG DIJANGKITI COVID-19 BERAKHIR DENGAN MAUT? https://daura.com.my/diabetis-dijangkiti-covid-19-maut/ Mon, 18 Jan 2021 08:17:23 +0000 https://daura.com.my/?p=28749

Pesakit diabetis yang dijangkiti Covid-19 berakhir dengan maut.

Kajian dari NHS England yang mengambil 61 Juta sampel dari Pengamal Perubatan di England untuk tempoh Mac 2020 sehingga Mei 2020 telah menemukan data yang menggemparkan.

Dalam tempoh ini, sebanyak 23,804 kematian berkaitan Covid-19 telah direkodkan.

Namun yang menarik perhatian Pengamal Perubatan adalah penemuan kesamaan antara punca kematian ini.

 

31.3% DARI KEMATIAN COVID 19 ADALAH PESAKIT DIABETIS

Selepas mengambil kira faktor seperti Umur, Jantina, Etnik serta Sejarah Perubatan terutama penyakit Jantung, kajian mendapati Pesakit Diabetis Jenis 1 berisiko sehingga 3 kali ganda berakhir dengan kematian berbanding mereka yang bebas diabetis.

Pesakit Diabetis Jenis 2 pula berisiko sehingga 2 kali ganda berbanding mereka yang bebas diabetis.

 

MENGAPA PESAKIT DIABETIS BERISIKO TINGGI?

Menurut Pakar Perubatan Dalaman Hospital Columbia Asia, Puchong, Dr Muhammad Shahruddin diabetes mellitus menyumbang hampir 30 peratus dalam statistik ini.

“Sebahagian besar dari pesakit Covid-19 yang mengalami simptom teruk, komplikasi atau maut, dikesan menghidapi penyakit kencing manis. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap and kesan jangkitan Covid-19 adalah jumlah virus, replikasi virus di paru paru dan juga reaksi imuniti terhadap virus.

“Lapan puluh peratus dari pesakit yang dijangkiti Covid-19 akan sembuh kerana sistem imun mereka bertindak balas secara normal. Namun dalam sesetengah pesakit, sistem imuniti bertindak secara melampau atau berlebihan menyebabkan keadaan pesakit boleh merosot,” jelasnya

“Salah satu teori saintis mengapa pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi adalah kerana sistem imuniti yang terjejas atau tidak normal.”

“Ini menyebabkan perbezaan dalam respon imun kepada jangkitan Covid-19. Masalah ini juga dilihat dalam pesakit diabetes yang dijangkiti kuman lain seperti influenza dan bakteria.

DIABETIS MENYEBABKAN IMUNITI BADAN MEROSOT

Ramai dari kita sedia maklum bahawa setakat hari ini, dunia masih tidak mempunyai ubat/penawar untuk COVID-19. Kadar kesembuhan pesakit COVID-19 sangat bergantung kepada tahap imun badan seseorang penyakit.

Namun berbeza dengan pesakit Diabetis, tahap imun badan mereka berada di tahap yang sangat rendah dan menyebabkan Virus COVID-19 akan lebih agresif menyerang organ badan pesakit Diabetis terutamanya paru-paru.

“Oleh itu, pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis perlu menjaga kesihatan dengan baik terutamanya dalam memastikan stok ubat mencukupi dan mengambil rawatan yang diberikan doktor untuk memastikan kandungan gula dalam badan terkawal,” jelas Dr Muhammad bin Shahruddin.

Di samping itu juga perlu mengawal pengambilan makanan terutamanya yang mengandungi kadar gula atau karbohidrat yang tinggi. Selain itu, praktikkan juga penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan. Ini adalah sangat penting untuk mengelak dari terkena jangkitan kerana mencegah lebih baik dari merawat.

 

JIKA ADA SUPLIMEN KESIHATAN YANG DAPAT MENAIKKAN TAHAP IMUN BADAN SESEORANG  MALAH SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MENGAWAL DIABETIS, ADAKAH ANDA BERMINAT?

Kajian dari Colorado Coconut Center, Amerika Syarikat mendapati Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Asid Laurik yang sangat jarang ditemui kecuali di dalam susu ibu, adalah sumber makanan yang sangat baik.

Kandungan Asid Laurik yang tinggi akan membantu Pesakit Diabetis meningkatkan sistem imun badan mereka dan seterusnya melawan bakteria dan virus berbahaya terutamanya ketika Wabak COVID-19 melanda dunia ini.

Dan berita gembira buat pesakit Diabetis, D’Aura Minyak Kelapa Dara Softgel juga secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kandungan gula di dalam darah dan seterusnya membantu menurunkan bacaan gula anda.

]]>
MASALAH JANTUNG PEMBUNUH SENYAP WARGA 40-AN KE ATAS DAN CARA MENCEGAHNYA https://daura.com.my/jantung-pembunuh-senyap/ Wed, 30 Dec 2020 02:38:46 +0000 https://daura.com.my/?p=27333

MASALAH JANTUNG PEMBUNUH SENYAP WARGA 40-an 

Jantung merupakan antara organ yang terpenting di dalam tubuh manusia. Jantung diumpamakan sebagai bateri yang membekalkan tenaga dan juga nutrien ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah.

Antara fungsi utama jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Melalui salurah darah, Jantung berfungsi untuk : –

  • Membekalkan Oksigen ke seluruh badan dan seterusya menyahtinjakan Karbon Dioksida.
  • Menghantar Nutrien ke seluruh tubuh badan
  • Sel Darah Putih di dalam saluran darah bertindak sebagai mekanisma pertahanan tubuh

 

APA ITU PENYAKIT JANTUNG?

Penyakit jantung adalah satu terma yang merangkumi pelbagai masalah jantung. Ia bukan sahaja merujuk kepada masalah pada organ jantung, tetapi juga masalah pada pembuluh-pembuluh darah.

Hal ini adalah kerana kedua-duanya saling berkaitan dan akan memberi kesan kepada satu sama lain sekiranya sebarang masalah berlaku.

PENYAKIT JANTUNG KORONARI

Penyakit Jantung yang utama di Malaysia adalah Coronary Artery Disease atau lebih dikenali sebagai Penyakit Jantung Koronari.

Penyakit Jantung ini amat berkait rapat dengan masalah tekanan darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol.

Ia berlaku secara tiba-tiba atau serangan jantung mendadak (Heart Attack). Masalah ini berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah ke jantung iaitu salur darah koronari tersumbat. Biasanya disebabkan oleh arterosklerosis. Ini menyebabkan otot jantung pada bahagian yang terlibat kekurangan oksigen dan kemudian mati seterusnya mengakibatkan gangguan kepada fungsi jantung.

PUNCA PENYAKIT JANTUNG

Jantung memerlukan Oksigen untuk berfungsi dengan baik. 

Masalah serangan jantung akan timbul apabila terdapat sekatan di dalam saluran darah yang bertindak membawa oksigen ke jantung.

Sekatan saluran darah kebiasaan berasal daripada deposit lemak (atheroma) dalam saluran darah. Deposit lemak ini menyempitkan saluran darah anda.

RISIKO-RISIKO SERANGAN JANTUNG

DARAH TINGGI

Ia meningkatkan stres terhadap jantung anda untuk mengepam darah dengan memerlukan pembekalan darah yang lebih banyak

KOLESTROL YANG TINGGI

Kolesterol adalah penting dalam badan kita. Jikalau terdapat berlebihan dalam badan kita, ia akan meningkatkan risiko mendapat deposit lemak, terutamanya kolesterol LDL

DIABETIS

Diabetis akan menyebabkan kandungan gula/glukos tidak dapat keluar dari saluran darah dan seterusnya akan menyebabkan saluran darah tersumbat.

HISAP ROKOK

Nikotin dan karbon dioxida yang terkandung dalam rokok anda memberikan stres kepada jantung anda untuk berfungsi dengan lebih cepat. Selain itu, komponen-komponen ini meningkatkan risiko gumpalan dara

OBESITI

Obesiti meningkatkan risiko anda mendapat darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.

FAKTOR KETURUNAN

Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit sakit jantung.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Bagi mencegah serangan penyakit jantung, pemakanan atau diet sangat memainkan peranan penting. Berikut adalah makanan yang perlu anda hindari atau kurangkan bagi mencegah penyakit jantung.

 

  1. Gula, Garam dan Lemak
  2. Daging diproses
  3. Daging Merah
  4. Makanan Fast Food
  5. Alkohol
  6. Mentega
  7. Mee Segera

MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL

Berikut adalah pemakanan yang baik untuk diamalkan bagi mencegah dan juga mengawal masalah penyakit jantung.

 

  1. Makanan Ber-Oat
  2. Salmon
  3. Avocado
  4. Kekacang
  5. Berry
  6. Sayur-sayuran Hijau seperti Bayam
  7. Minyak Kelapa Dara

AKTIVITI FIZIKAL

  • Kajian yang dilakukan terhadap kadar aktiviti fizikal yang dilakukan oleh orang dewasa di Malaysia menunjukkan majoriti masyarakat lebih banyak menghabiskan masa harian mereka dengan tidur dan duduk.
  • Maka tidak hairanlah sekiranya berlaku peningkatan dalam bilangan pesakit kronik seperti penghidap penyakit jantung. Oleh itu, masyarakat amat disarankan untuk bergerak aktif setiap hari.
  • Ia merupakan pencegahan penyakit jantung pada wanita dan juga lelaki yang amat efektif. Setiap dewasa perlu melakukan senaman ringan dalam 30 minit sekurang-kurangnya 5 kali seminggu atau 75 minit senaman berat dalam seminggu.
  • Kanak – kanak dan remaja juga tidak terkecuali dalam hal ini, lebih-lebih lagi kerana kanak-kanak masa kini lebih banyak menghabiskan masa di hadapan gajet dan televisyen.
  • Mereka disarankan untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal selama 60 minit setiap hari. Mereka juga digalakkan melakukan aktiviti atau senaman menguatkan tulang dan otot 3 kali dalam seminggu.

BAGAIMANA MINYAK KELAPA DARA D’AURA MEMBANTU MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG?

KAJIAN DARI PAKAR PERUBATAN DAN KESIHATAN

Berdasarkan Journal “Minyak Kelapa Dara dan Manfaat kepada Jantung 2016” yang diterbitkan oleh School of Medical Science, Universiti Sains Malaysia menyatakan –

1. Antara punca utama kepada masalah serangan jantung adalah kerana peningkatan Low-Density Lipoprotein (LDL) yang akan melekat di dinding saluran darah.

2. LDL yang lebih dikenali sebagai Kolestrol Jahat akan membentuk lapisan lemak di dalam saluran darah dan lama kelamaan akan menyekat saluran darah dan seterusnya menyebabkan penyakit jantung.

3. Minyak Kelapa Dara kaya dengan High-Density Lipoprotein (HDL) yang juga dikenali sebagai Kolestrol Baik

4. HDL berfungsi sebagai pencuci saluran darah dari sebarang LDL yang melekat di dindingnya.

 

APA KATA PAKAR KESIHATAN TENTANG MINYAK KELAPA DARA?

5 PESANAN BUAT PESAKIT JANTUNG 

Kebanyakan kematian disebabkan penyakit jantung berlaku disebabkan tidak sempat tiba ke Hospital. Kelewatan ini memberikan impak besar kepada jantung dan kemungkinanan besar ianya tidak dapat dipulihkan lagi.

 

  1. Dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda sakit dada walaupun anda tidak pasti atau ragu-ragu.
  2. Jika anda agak stabil, sila terus ke Jabatan Kecemasan di Hospital berdekatan.
  3. Masa adalah Otot. Lebih banyak masa diambil akan menyebabkan lebih banyak otot jantung yang rosak.
  4. Jika mangsa tidak sedarkan diri sebelum tiba di Hospital, CPR akan memberikan peluang untuk hidup.
  5. Jangan berhenti mengambil ubat tanpa saranan dari doktor

5 PESANAN BUAT ANDA SEBELUM TERKENA PENYAKIT JANTUNG

Sekali lagi diingatkan bahawa serangan penyakit jantung adalah pembunuh senyap no.1 di Malaysia dan di dunia. Ianya menyerang kita tanpa kita sedari. Dan yang lebih menakutkan adalah apabila ianya terjadi, mungkin itu adalah serangan pertama dan juga yang terakhir.

Ambil perhatian kepada pesanan di bawah bagi kepentingan dan kesihatan anda – 

 

  1. Jaga Pemakanan dan Diet anda kerana ini adalah penyebab utama anda diserang penyakit jantung
  2. Lakukan senaman ringan dan cara hidup yang sihat
  3. Elakkan merokok dan juga minuman beralkohol
  4. Lakukan pemeriksaan berkala di Hopsital/Klinik lebih-lebih lagi bila anda sudah berumur 40-an dan ke atas
  5. Amalkan suplimen kesihatan yang terbukti baik untuk kesihatan seperti D’Aura Minyak Kelapa Dara Softgel

]]>