Announcement

Return & Exchange

KEPADA PELANGGAN YANG KAMI HORMATI,
Per: PERMASALAHAN PENGEDARAN PRODUK-PRODUK D’AURA

Merujuk perkara diatas, kami ingin memohon maaf terhadap pemasalahan yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan kami dalam kelewatan penerimaan produk pembeliaan anda.

Pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh YAB Perdana Menteri pasa 16 Mac 2020 di sebabkan isu Covid-19 telah memberi kesan yang amat negatif kepada perniagaan kami dimana:

  1. Bekalan bahan pembungkusan seperti label, kotak dan botol yang terputus dari pembekal utama kami di Malaysia yang mendapatkan bekalan mereka dari China.
  2. Disamping itu kilang-kilang yang menghasilkan bahan pembungkusan di sini juga tidak dibenarkan beroperasi maka kami tidak dapat mencari bahan pembungkusan alternatif.
  3. Ini ditambah pula dengan kakitangan kilang yang tidak boleh melakukan tugasan mereka seperti biasa disebabkan perintah pergerakan yang terhad.

Faktor-faktor ini yang menyebabkan kami tidak mampu beroperasi sepenuh masa untuk menghasilkan produk-produk kami mengikut jadual produksi yang telah ditetapkan selama ini. Akan tetapi sejak mendapat kelulusan dari pihak Kementerian, maka kami sudah mampu beroperasi secara separuh masa untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara disamping mendapatkan bekalan pembungkusan yang terhad untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Untuk pengetahuan pelanggan-pelanggan yang kami hargai, untuk memastikan tidak berlaku lagi sebarang kelewatan maka kami akan mula melakukan penghantaran mulai isnin ini dan kami berharap produk-produk kami akan sampai kepada anda selewat-lewatnya pada 05/05/2020. Sekiranya selepas tarikh yang ditetapkan anda masih belum menerima produk yang ditempah, sila hubungi agen anda untuk mendapatkan ‘refund’ penuh pembelian anda.

Bagaimanapun dalam kami menguruskan proses penghantaran ini, kami ingin memohon maaf sekali lagi kerana setiap penghantaran tidak disertakan dengan kotak seperti yang tertera didalam iklan kami disebabkan sehingga kini kami masih tidak memperolehi bekalan kotak-kotak dari pembekal kami. Sungguhpun begitu kami akan memastikan pembungkusan kami dilakukan dengan kemas mengunakan “bubble-wrap” agar produk-produk kami tidak pecah semasa proses penghantaran.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaaan boleh terus menghubungi pihak Syarikat mengunakan aplikasi whatsapp di talian 011-2809 1697 / 011-2853 9681 atau email ke daura.info.mco@gmail.com untuk persoalan lanjut.

Sekali lagi kami ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran pesanan kepada pelanggan kami dan juga kepada agen-agen kami yang terpaksa menangung impak yang negatif disebabkan pemasalahan ini. Kami sangat menghargai sokongan yang telah diberikan oleh anda semua dan kami berharap anda akan terus menyokong Produk D’Aura.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, D’Aura Group Sdn Bhd

Wan Nong Muzafar Ketua Pegawai Eksekutif