Privacy Policy

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

1.1 Istilah “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat dalam pemilikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada individu setakat mana individu itu boleh dikenalpasti dari maklumat itu atau boleh dikenal pasti melalui maklumat tersebut dan maklumat lain dalam milik kami seperti nama, alamat, telefon nombor, nombor pengenalan / pasport, tarikh lahir, gambar, alamat e-mel, maklumat isi rumah, dan sebagainya, serta Data Peribadi Sensitif seperti yang ditakrifkan di bawah PDPA, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental subjek data dan kepercayaan agama.

Jenis Data Peribadi yang dikumpulkan bergantung pada tujuan pengumpulan. Kami boleh “memproses” Data Peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan / atau menzahirkannya.

1.2 Data Peribadi anda boleh dikumpul daripada anda semasa urusan anda dengan kami dalam apa cara termasuk melalui sebarang transaksi dan / atau komunikasi yang dibuat daripada / dengan kami. Kami juga boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa batasan, di sebarang acara, seminar, pameran jalan, kajiselidik kepuasan pelanggan yang dianjurkan dan / atau ditaja oleh kami, serta dari sumber yang tersedia secara umum. Beberapa contoh bagaimana data peribadi boleh dikumpulkan:

  • Apabila anda mendaftarkan maklumat anda di laman web, aplikasi atau kiosk kami;
  • Apabila anda menyelesaikan pesanan pembelian, permintaan atau permohonan untuk produk atau perkhidmatan kami (melalui telefon, secara bersemuka, surat-menyurat atau secara elektronik);
  • Apabila anda berkomunikasi dengan kami secara langsung melalui pusat khidmat pelanggan kami, atau secara langsung melalui rakan sekerja kami di kedai kami berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami (secara bersemuka, melalui e-mel, telefon, mel terus atau mana-mana cara lain);
  • Apabila anda menggunakan perkhidmatan penghantaran ke rumah;
  • Apabila anda melakukan transaksi tertentu seperti bayaran balik;
  • Apabila anda menyertai, dan apabila anda berinteraksi dengan kami semasa promosi, persaingan, pertandingan, cabutan bertuah, acara khas, atau dengan menggunakan peranti di dalam kedai kami;
  • Melanggan mana-mana program keahlian kami;
  • Mengambil bahagian dalam kajiselidik dan jenis penyelidikan lain; atau
  • Jika anda calon untuk pekerjaan, apabila anda melengkapkan borang berkaitan dengan proses perekrutan dan pemilihan untuk tujuan penilaian. Kami juga boleh mengumpul maklumat mengenai anda daripada rujukan anda yang dinamakan di mana anda telah membenarkan kami berbuat demikian.

2. TUJUAN PEROLEHAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA

Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada kami atau yang dikumpulkan oleh kami dari anda atau melalui sumber-sumber lain yang mungkin diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pada masa ia dicari atau dikumpulkan, boleh diproses untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”):

  • untuk berkomunikasi dengan anda;
  • untuk mengekalkan dan meningkatkan hubungan pelanggan;
  • untuk menilai, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan dan / atau kemudahan kepada anda;
  • untuk mentadbir dan memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan / atau kemudahan yang anda minta;
  • untuk mewujudkan identiti dan latar belakang anda;
  • untuk bertindak balas kepada pertanyaan atau aduan anda dan menyelesaikan sebarang masalah dan pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan sebarang urusan dengan kami;
  • untuk memberi anda maklumat dan / atau kemas kini mengenai produk, perkhidmatan, promosi yang akan ditawarkan oleh kami dan / atau acara yang dianjurkan oleh kami dan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda dari semasa ke semasa;
  • untuk tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, surat, media sosial dan / atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai kepada ahli-ahli program kesetiaan kami;
  • untuk memudahkan penyertaan anda, dan pentadbiran kami, dalam sebarang acara termasuk pertandingan, promosi atau kempen;
  • memberi mata anugerah dalam program kesetiaan atau ganjaran;
  • untuk mengekalkan dan mengemas kini penyimpanan rekod dalaman;
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman;
  • untuk menghantar mesej ucapan bermusim dari semasa ke semasa;
  • untuk menghantar jemputan menyertai acara dan promosi kami dan acara pelancaran produk kepada anda;
  • untuk memantau, mengkaji dan memperbaiki acara dan promosi, produk dan / atau perkhidmatan kami;
  • untuk menjalankan pemeriksaan rujukan kredit dan mewujudkan kelayakan kredit anda, di mana perlu, dalam menyediakan anda dengan produk, perkhidmatan dan / atau kemudahan;
  • untuk mentadbir dan menguatkuasakan transaksi komersial anda dengan kami (seperti anugerah tender, kontrak untuk perkhidmatan, perjanjian penyewaan);
  • untuk memproses apa-apa bayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial anda dengan kami;
  • untuk memproses dan menganalisis Data Peribadi anda secara individu atau kolektif dengan individu lain;
  • untuk menjalankan penyelidikan pasaran atau kaji selidik, analisis pemasaran dalaman, aktiviti profil pelanggan, analisis corak dan pilihan pelanggan, perancangan dan analisis statistik dan trend berhubung dengan produk dan / atau perkhidmatan kami;
  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan juruaudit untuk tujuan audit dalaman dan pelaporan kami;
  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda menurut mana-mana perjanjian atau dokumen yang anda telah meterai dengan sewajarnya dengan kami untuk mendapatkan nasihat undang-undang dan / atau kewangan dan / atau untuk memulakan tindakan undang-undang;
  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan rakan usaha sama/perniagaan kami untuk bersama-sama membangunkan produk dan / atau perkhidmatan atau melancarkan kempen pemasaran;
  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan syarikat insurans yang diperlukan untuk tujuan memohon dan memperoleh polisi insurans, jika perlu;
  • untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan institusi kewangan yang diperlukan untuk tujuan memohon dan memperoleh kemudahan kredit, jika perlu;
  • untuk tujuan audit, pengurusan risiko dan keselamatan;
  • untuk mengesan, menyiasat dan menghalang aktiviti penipuan, yang dilarang atau yang menyalahi undang-undang;
  • untuk membolehkan kami melaksanakan tanggungjawab kami dan menguatkuasakan hak kami di bawah mana-mana perjanjian atau dokumen yang kami adalah pihak kepada;
  • untuk memindahkan atau memperuntukkan hak, kepentingan dan obligasi kami di bawah mana-mana perjanjian yang dimeteraikan dengan kami;
  • untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau pengawalseliaan dan membuat penzahiran di bawah kehendak mana-mana undang-undang, peraturan, perintah, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada kami;
  • untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak-hak kami dan hak-hak anda di bawah, dan untuk mematuhi, kewajipan kami di bawah undang-undang, perundangan dan peraturan yang berkenaan;
  • untuk menjalankan pengesahan dan semakan latar belakang sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerjaan dan pemilihan yang berkaitan dengan permohonan pekerjaan anda dengan kami; dan / atau
  • untuk tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan, mengekalkan dan menguruskan perniagaan dan hubungan anda dengan kami dengan lebih baik, yang kami maklumkan kepada anda apabila kami mendapatkan persetujuan anda; dan anda bersetuju dan membenarkan kami menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan yang dikenal pasti dalam Polisi ini. Sekiranya anda tidak membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada satu Tujuan di atas, sila maklumkan pada kami di butiran perhubungan di bawah.