Terma & Syarat

Terms & Conditions

Umum

  1. Anda memahami bahawa anda mesti menyediakan perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan kelengkapan atau perkhidmatan lain yang diperlukan untuk mengakses Laman Web, dan anda sendiri menanggung kosnya. Anda mesti mematuhi semua peraturan yang dikenakan terhadap cara yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web (contohnya akses Internet).

    2. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Laman Web tidak dijangkiti virus tetapi kami tidak menjamin bahawa Laman Web adalah bebas daripada virus atau kandungan lain yang berniat jahat.

    3. Semua keputusan dan penentuan yang dibuat oleh kami di bawah Syarat-syarat Pembelian ini adalah muktamad.

 

Produk – Deskripsi dan Harga

4. Kami boleh mengalihkan buat sementara waktu atau selama-lamanya sebarang Produk dan/atau Perkhidmatan daripada Laman Web pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis kepada anda.

5. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua maklumat di Laman Web, termasuk deskripsi Produk dan/atau Perkhidmatan serta harga yang disenaraikan adalah tepat sepanjang masa.

6. Semasa melayari Laman Web, warna Produk mungkin berbeza bergantung pada beberapa faktor, seperti tetapan paparan monitor komputer anda.

7. Gambar dan imej di Laman Web adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk deskripsi yang tepat tentang sebarang Produk dan perincian yang disertakan dengan Produk, sila baca deskripsi Produk.

8. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua harga Produk yang dipaparkan di Laman Web adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk cukai yang dikenakan.


9. Walau bagaimanapun, harga Produk tidak termasuk caj Penghantaran, yang akan ditambahkan pada jumlah harga Pesanan anda.

10. Kami tidak menjamin bahawa harga Produk atau Perkhidmatan yang dipaparkan di Laman Web akan sama dengan harga di kedai jamu(dan begitu juga sebaliknya);

11. Kami berhak untuk mengubah harga, Produk, deskripsi Produk, Perkhidmatan, deskripsi Perkhidmatan dan tawaran istimewa pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami.

 

Membuat Pesanan

12. Apabila anda membuat Pesanan, anda menjelaskan dan menjamin kepada kami bahawa:

    (a) anda berusia 18 tahun ke atas;

    (b) jika anda berusia kurang daripada 18 tahun, anda telah memperoleh keizinan daripada ibu bapa atau penjaga anda untuk membuat Pesanan;

    (c) anda diberi kuasa yang sewajarnya untuk menempah Pesanan menggunakan akaun pelanggan.

 
13. Anda juga perlu memberi kami alamat e-mel yang aktif dan nombor telefon supaya kami dapat menghubungi anda dengan mudah.

14. Pesanan anda dianggap sebagai tawaran untuk membeli Produk dan/atau Perkhidmatan daripada kami pada harga yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan pesanan.

15. Selepas membuat Pesanan anda, anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan. Ini mengandungi nombor pesanan, perincian Produk &  dan jumlah kos Pesanan

16. E-mel pengesahan Pesanan tidak merupakan penerimaan Pesanan anda oleh kami.

17. Jualan Produk adalah tertakluk pada ketersediaan. Jika sebarang Produk yang anda pesan telah kehabisan stok, kami akan menghubungi anda.

18. Pesanan anda hanya diterima oleh kami apabila kami menghantar e-mel Pemberitahuan Penghantaran kepada anda.

 

Penghantaran Pesanan

19. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami.

20. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami. Anda mengakui bahawa perkhidmatan penghantaran sedemikian dibekalkan terus kepada anda oleh mereka.

21. Caj penghantaran adalah berdasarkan penghantaran satu Pesanan ke satu alamat di Malaysia. Caj penghantaran promosi mungkin diberikan mengikut budi bicara kami dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum Pesanan disahkan.

 

Penukaran dan Pembatalan Pesanan

22. Sebarang penukaran dan pembatalan Pesanan tidak dibenarkan selepas bayaran disahkan.

Pemulangan

23. Pemulangan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab berikut;

   (a) Pihak kami tersalah hantar produk dari pesanan yang diterima

   (b) Produk yang diterima telah sampai tarikh luput dari tarikh pesanan pelanggan

   (c) Produk yang diterima mempunyai kecacatan pada isi produk bukan pembungkusan