Bagi ibu hamil, mereka akan mengalami perubahan seperti tidur tidak lena, perubahan hormon, rambut gugur, sentiasa berasa lapar, ketidakcernaan, kulit kering dan sebagainya.
Minyak kelapa dara (VCO) mempunyai 1001 khasiat yang memberi manfaat kepada semua orang, termasuk ibu hamil.
Salah satu alternatif yang semulajadi dan tidak berbahaya untuk ibu hamil dan kandungan. Ibu boleh minum Minyak Kelapa Dara (VCO) iaitu dengan amalkan 2 sudu sehari, campurkan dalam minuman, atau gunakan sebagai minyak masak (VCO).
1. Meningkatkan Imun Sistem Badan
Dengan mengamalkan 2 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) dapat meningkatkan sistem imunisasi badan kerana Minyak Kelapa Dara (VCO) bersifat anti kulat, anti virus, dan antibakteri. Melindungi ibu dari selesema, demam, dan sebagainya. Ibu juga boleh campurkan Minyak Kelapa Dara (VCO) dalam minuman.
2. Mengurangkan Morning Sickness
Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh membantu mengurangkan “morning sickness” dan “pregnancy heartburn.” Ibu juga boleh campurkan 1 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) di dalam teh atau susu ibu. Ibu akan kurang rasa mual dan lebih bertenaga dalam melakukan aktiviti harian. Ibu juga akan lebih berselera untuk makan dan segala nutrisi akan terserap untuk ibu dan kandungan ibu.
3. Menstabilkan Hemoglobin (HB) Rendah
Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko. Antaranya Letih & Lesu, Keguguran, Tumpah Darah Ketika Bersalin, Tumbesaran Bayi Terbantut, Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR), Bayi Meninggal Dalam Kandungan, Postpartum Depression. Untuk mengurangkan risiko di atas, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki bacaan Hb. Antaranya Memakan Makanan Kaya Zat Besi, Mengambil supplement tambahan seperti Pil zat besi, Pil asid folik, Pil vitamin C dan Pil vitamin B kompleks, Elakkan Kafein / Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi dan juga pengambilan Minyak Kelapa Dara (VCO). Ini kerana VCO mempunyai kandungan zat besi, vitamin dan mineral lengkap untuk keperluan ibu hamil .Terbukti dapat meningkatkan HB secara semulajadi.
4. Meningkatkan Pengeluaran Susu yang Berkualiti
Kehebatan utamanya Minyak Kelapa Dara (VCO) adalah mengandungi lauric acid dan capric acid yang secara alami fungsi utamanya untuk memperkuat sistem ketahanan tubuh secara optimal. Ibu yang mengamalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) ketika hamil secara lazimnya bayi didalam kandungan juga mendapat khasiat yang sama. Asid laurik adalah sangat penting dalam menghasilkan susu ibu. Minyak Kelapa Dara (VCO) merupakan sumber Asid lauric yang terbaik. Asid Laurik membantu meningkatkan pengeluaran susu ketika dan selepas hamil dan menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Bayi yang sihat memerlukan susu ibu yang sihat dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak.
5. Memudahkan Proses Bersalin
Minyak Kelapa Dara (VCO) adalah salah satu makanan tambahan yang sangat diperlukan oleh ibu hamil. Ia kerana dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh membantu untuk memudahkan proses kelahiran bayi dan ibu hamil juga berpeluang untuk melahirkan anak tanpa perlu melalui proses guntingan perineum yang akan dijahit semula selepas bayi berjaya keluar. Menurut pakar, Dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara (VCO) ketika hamil boleh membantu perubahan dibahagian serviks. Oleh itu akan memudahkan dan melembutkan serviks sebelum berlaku kontraksi. Bahkan masa proses bersalin ia juga mengurangkan pengunaan ubat-ubatan lain dan prosedur pembedahan. Mengurangkan risiko koyak semasa meneran dan ibu tidak perlu episiotomi sekiranya menggunakan minyak kelapa dara sebagai urutan perineum pada hujung kehamilan. (sebaiknya amalkan dari awal kehamilan)
“Formula premium minyak kelapa dara dan rasberi khusus untuk persediaan ibu hamil bersalin”
https://rasberi.daurafamily.com/
6. Melembutkan dan Melembapkan Kulit
Perubahan hormon ketika hamil boleh menyebabkan kulit ibu menjadi kering. Minyak Kelapa Dara (VCO) juga sesuai digunakan untuk luaran kerana ia boleh melembutkan dan melembapkan kulit. Ibu boleh sapukan setitik Minyak Kelapa Dara (VCO) pada kulit wajah ibu malam sebelum tidur. Ibu juga boleh sapukan Minyak Kelapa Dara (VCO) pada seluruh badan ibu atau pada kulit ibu yang kering. Esok apabila ibu bangun tidur, say bye-bye to kulit kering! Ia juga berkesan untuk mengecutkan musuh utama wanita iaitu jerawat!
7. Mengurangkan Stretch Marks
Oh no! Ada stretch marks! Stretch marks ketika hamil adalah perkara yang biasa ini kerana tubuh ibu sedang berkembang dengan cepat. Minyak Kelapa Dara (VCO) kaya dengan asid lemak tepu dimana ia boleh meningkatkan keanjalan kulit dan merawat stretch mark. Sapukan 2 atau 3 kali sehari terutama sekali selepas ibu mandi. Ketika itu, kulit ibu akan lebih menyerap Minyak Kelapa Dara (VCO) dan akan membuatkan kulit ibu lebih lembap dan anjal. Jika ibu nak sapu lebih dari 3 kali pun tiada masalah
8. Boleh Menggantikan Produk Tenusu
Meskipun produk tenusu mempunyai pelbagai khasiat namun bukan semua wanita hamil sesuai untuk amalkan Produk Tenusu seperti susu lembu. Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat sesuai digantikan dengan produk tenusu agar ibu akan terus mendapat khasiat yang banyak.
9. Boleh Dijadikan sebagai Eye Cream
Proses kehamilan boleh membuatkan ibu berasa penat dan tidak cukup tidur terutama sekali apabila ibu memasuki Trimester ketiga. Ibu boleh gunakan titikkan sedikit Minyak Kelapa Dara (VCO) pada jari manis ibu, dan letakkan pada bahagian bawah mata ibu dan lakukan gerakan secara pusingan dari bahagian bawah mata sehingga ke bawah kening ibu.
10. Boleh Dijadikan sebagai pelincir urutan perineum
Ibu boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Ibu boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan Minyak Kelapa Dara (VCO) yang berasaskan bahan semulajadi.
9 LANGKAH MUDAH URUTAN PERINEUM
a. Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.
b. Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung. Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.
c. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda
d. Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
e. Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung
f. Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
g. Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.
h. Gerakkan semua jari bentuk U dan melakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.
i. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak-anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Okay ibu. Berikut merupakan antara 9 Manfaat Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura untuk ibu hamil. Ibu boleh amalkan 2 kali sehari bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya.