
MASALAH KULIT
Kulit merupakan organ yang terbesar dan apabila kulit mengalami masalah, anda pasti akan ketahui dengan cepat. Seseorang yang mengalami masalah kulit berasa tidak selesa dan gatal-gatal. Fungsi utama kulit ialah untuk melindungi tubuh badan kita dari dijangkiti bakteri, virus, dan rosak disebabkan sinaran matahari.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MASALAH KULIT?
Masalah kulit sering terjadi dalam pelbagai faktor, bentuk, simptom dan mempunyai tahap keparahan yang berbeza dan bersifat sementara atau kekal. Antara faktor yang menyebabkan kulit bermasalah ialah genetik, pemakanan, persekitaran dan alahan pada produk. Malah masalah kulit juga boleh mengancam nyawa dan berisiko tanpa mengira umur. Masalah kulit yang paling banyak dialami oleh rakyat Malaysia ialah Ekzema.
APA ITU EKZEMA?
Ekzema ialah masalah kulit yang paling popular yang dihadapi dalam kalangan rakyat Malaysia seawal umur 6 minggu menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerahan, terkoyak dan luka. Ekzema terjadi disebabkan faktor genetik, alahan dan hormon yang tidka stabil. Apabila terjadinya Ekzema, lapisan kulit luar akan pecah ataupun luka dan memudahkan virus & kuman untuk masuk ke dalam badan melalui kulit yang rosak. Ekzema terbahagi kepada 2 kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak berumur 3 tahun dan kebawah.
EKZEMA PADA ORANG DEWASA

EKZEMA PADA KANAK- KANAK
(3 TAHUN DAN KEBAWAH)

PUNCA-PUNCA TERJADINYA EKZEMA
KEPADA DEWASA

- Hormon yang tidak stabil dan berubah boleh mencetuskan ekzema
- Tekanan perasaan dan masalah ditempat kerja merupakan salah satu punca berlakunya ekzema
- Permukaan kulit paling atas hilang kelembapan dan terdedah kepada persekitaran yang kotor
KEPADA KANAK-KANAK

- Faktor genetik atau keluarga mempunyai sejarah alahan atau masalah kulit berisiko untuk menghidapi penyakit ekzema
- Cuaca dan persekitaran yang terlalu sejuk dan terlalu panas
- Air liur yang meleleh dan menyebabkan perbiakkan bakteria pada kulit terutama pada bahagian pipi & leher
KENALI SIMPTOM-SIMPTOM EKZEMA
ORANG DEWASA
1. Kulit menjadi kering disebabkan kelembapan kulit semakin berkurang
- Kulit terasa bersisik dan pedih bila disentuh
- Terasa gatal dan kulit kelihatan merah seperti melecur yang berair

KANAK-KANAK (3 TAHUN KEBAWAH)
- Kulit lebih sensitif dan mudah beruam dibahagian pipi & leher
- Bengkak kecil yang bergelembung dan berair
- Sering tak selesa dan kulit menjadi merah kegatalan terutama pada waktu malam.

KESAN DAN AKIBAT JIKA EKZEMA TIDAK DIRAWAT
PADA ORANG DEWASA
1. Tekanan dari segi emosi dan mental akan semakin meningkat
2. Kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai
3. Kesihatan akan terganggu disebabkan sistem daya tahan penyakit yang rendah

PADA KANAK-KANAK ( 3 TAHUN DAN KEBAWAH)
1. Kulit mudah mengelupas dan semakin nipis
2. Mudah jatuh sakit disebabkan imun badan yang lemah
3. Mendorong anak-anak untuk mendapat penyakit asma

CARA-CARA MENGAWAL EKZEMA MENJADI SEMAKIN TERUK
1. Pastikan persekitaran bebas dari habuk
2. Elakkan makanan yang boleh mencetuskan ekzema seperti telur, kekacang, makanan laut dan tenusu
3. Pemilihan fabrik pakaian juga penting bagi memberikan keselesaan sepanjang hari
4. Sentiasa memastikan kulit mendapatkan kelembapan yang mencukupi
RAWATAN YANG SESUAI UNTUK PEASAKIT EKZEMA
1. Selepas mandi, sapukan pelembab pada kulit bagi memastikan kelembapan kulit tidak berkurang dan lapisan kulit berada dalam keadaan yang baik
2. Gunakan sabun atau mandian tidak mengandungi sabun yang boleh menyebakan ekzema tercetus dan semakin teruk
MEMPERKENALKAN D’AURA MINYAK EKZEMA

D’AURA MINYAK EKZEMA

D’AURA MINYAK EKZEMA UNTUK KANAK-KANAK (3 TAHUN KEBAWAH)
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM
MINYAK EKZEMA D`AURA


APA KATA PENGGUNA?




APA KATA PAKAR MENGENAI
MINYAK KELAPA DARA UNTUK EKZEMA

