D'Aura logo

D’Aura Group Sdn Bhd diasaskan oleh Tn Hj Dzul Ahmad pada tahun 2010 sebagai syarikat perdagangan yang menceburi dalam pelbagai produk runcit. Selama 2 tahun syarikat berkecimpung dalam beberapa produk runcit yang membekalkan kepada ejen dan pemborong di seluruh Malaysia. Bagaimanapun pada tahun 2012, D’Aura ingin mengembangkan perniagaannya dengan memberi tumpuan kepada penjualan produk dari kilang sendiri. 2012 merupakan tahun Minyak Kelapa Dara D’Aura diperkenalkan ke pasaran Malaysia dengan memberi penekanan kepada model perniagaan pemasaran digital serta menggunakan rantaian pengedaran luar talian, D’Aura berjaya mengembangkan perniagaannya dengan agak pesat. Apabila pendapatan syarikat berkembang, penekanan diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan barisan produknya.

Bagaimanapun dalam tempoh ini, Minyak Kelapa Dara (VCO) mentah masih diimport dari negara seperti Indonesia dan Filipina. Bagi memastikan minyak kelapa dara berkualiti tinggi, syarikat D’Aura membina kilang pembuatan sendiri di dalam negara untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara pada tahun 2018. Sehingga ke hari ini, D’Aura telah memperkenalkan pelbagai produk berasaskan Minyak Kelapa Dara. Antara produk tersebut ialah VCO Moringa, VCO Rasberi, VCO Gold, Liquid Premium, VCO softgel dan Aromatic VCO. Melangkah ke hadapan, D’Aura akan terus meningkatkan lagi operasinya untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta akan mengeluarkan produk baru bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini.

D’Aura Group Sdn. Bhd. memberi tumpuan kepada penjualan produk berasaskan Minyak Kelapa Dara di peringkat tempatan dan antarabangsa. Segmen utama yang disediakan ialah:

  • Pra & Selepas Bersalin
  • Penyakit kulit
  • Penjagaan kesihatan
  • Kecantikan

“Kami berdedikasi untuk mencipta kecemerlangan melalui produk kami yang dipacu oleh moto kami “Bersama Kami Berkembang”. D ‘Aura Group Sdn Bhd diteraju oleh orang yang bersemangat dan bercita-cita tinggi untuk memastikan visi dan misi jenama D’Aura Group Sdn Bhd tercapai.

 

Alamat:

No 8, Jalan Kemuning Prima D33/D, Kemuning Utama, Seksyen 33, 40400, Shah Alam, Selangor

Telefon:

6011-1169 1969 / 6019-335 4707