20 KHASIAT MINYAK KELAPA DARA KEPADA KESIHATAN

D'Aura Poster Blog Post

Suatu masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan Minyak Kelapa Dara bagi menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka.

Seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai Khasiat dan Manfaat.

Jom kita lihat kandungan utama Minyak Kelapa Dara

3 KANDUNGAN UTAMA MINYAK KELAPA DARA

D'Aura MCFA 3

MEDIUM CHAIN FATTY ACID (MCFA)

Minyak Kelapa Dara mempunyai kira-kira 50-55% kandungan iaitu ASID LAURIK.

Kelebihan UTAMA MCFA yang sangat jarang ditemui adalah sifatnya yang sangat mudah diproses menjadi tenaga. Selain itu ianya juga bersifat Anti-Fungal, Anti-Microbial serta Anti-Viral.

Minyak Kelapa Dara mengandungi MCFA kedua tertinggi selepas Susu Ibu.

D'Aura MCFA 4

HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL)

HDL adalah satu nutrisi yang sangat-sangat dicari-cari Pakar Perubatan Dunia. Ianya juga dikenali sebagai Kolestrol Baik.

Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah.

D'Aura MCFA 5

ANTI-OKSIDA

Anti-Oksida adalah Nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan Radikal Bebas.

Radikal Bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser.

20 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA BERDASARKAN KAJIAN SAINTIFIK

D'Aura 5

MEMBAIKI SISTEM PENGHADAMAN DAN SEMBELIT

Salah satu sifat MCFA yang istimewa adalah ianya bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal serta Anti-Viral.

Ini bermakna MCFA akan membantu untuk melawan kuman serta virus di dalam badan. 

Masalah kesihatan yang berkaitan sistem penghadaman seperti gastrik, gerd malah sembelit lazimnya disebabkan jangkitan kuman di dalam usus manusia.

MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara ini akan membantu membunuh serta mencegah dan secara tidak langsung akan membaiki sistem penghadaman manusia. 

Maka tiada lagi masalah sembelit!

D'Aura 3

MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG, STROK SERTA DARAH TINGGI

Salah satu kandungan utama di dalam Minyak Kelapa Dara adalah HDL yang lebih dikenali sebagai Kolestrol Baik.

HDL sangat diperlukan oleh badan kerana fungsinya iaitu membantu mencuci saluran darah dari Kolestrol yang melekat pada dindingnya.

Dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara, kita dapat memastikan Saluran Darah kita sentiasa bersih dari Kolestrol Jahat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti Penyakit Jantung, Strok serta Darah Tinggi.

D'Aura 2

MEMBANTU MENGAWAL DIABETIS

Masalah Diabetis adalah disebabkan oleh Rintangan Insulin di mana Insulin di dalam badan seseorang tidak dapat bekerja dengan baik untuk menukarkan Gula dalam darah kepada tenaga.

Maka Gula dalam darah akan meningkat dan mendatangkan pelbagai lagi masalah lain.

Kandungan MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan keberkesanan Insulin untuk bekerja dengan lebih baik.

Juga dengan menggantikan Gula dengan Minyak Kelapa Dara sebagai sumber tenaga dapat membantu mengawal Diabetis secara tidak langsung.

D'Aura 4

MESRA HATI DAN HEMPEDU

Hati merupakan salah satu organ dalam badan manusia yang sangat penting kerana iainya melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah menhasilakan tenaga dari Gula, me-NyahToksin, membina Protein serta Hormon,  serat menghasilkan hempedu bagi proses penghadaman.

Menariknya, bagi memproses MCFA dari Minyak Kelapa Dara, hati tidak perlu mengahsilkan hempedu dan ini akan mengurangkan kerja Hati.

MCFA yang bersifat anti microbial dapat membantu hati dari diserang oleh bakteria dan kuman berbahaya. Malah ianya dapat membantu mengawal masalah keradangan hati.

D'Aura Iklan SG website
D'Aura 8

MENAMBAHBAIK FUNGSI BUAH PINGGANG

Kajian Saintifik yang dijalankan pada 2014 oleh Universiti Okure, Nigeria mendapati Minyak Kelapa Dara dapat membantu menambahbaik fungsi Buah Pinggang yang merosot disebabkan oleh masalah DIabetis.

MCFA yang diproses di hati tanpa melibatkan gula akan membantu mengurangkan beban buah pinggang.

Mengamalkan Minyak Kelapa Dara secara berterusan dapat membantu mencegah penyakit buah pinggang serta hempedu.

Malah dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara dapat membantu pesakit batu karang dalam menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang.

D'Aura 6

MENCEGAH DAN MELAMBATKAN ALZHEIMER, PARKINSON DAN DEMENTIA (NYANYUK)

Tahukah anda, makanan yang sangat disukai oleh Otak adalah “Ketone”.

Otak manusia memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Apabila kita semakin berusia, badan semakin berkurangan mendapat tenaga. Ini termasuklah otak.

MCFA yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara akan diproses untuk menghasilkan “Ketone” dan disalurkan ke Otak sebagai sumber tenaga.

Sel Otak yang menerima cukup tenaga yang mencukupi dari “ketone” akan dapat membantu mencegah serta melambatkan masalah yang berkaitan otak seperti Alzheimer, Parkinson serta Dementia (Nyanyuk)

D'Aura 7

MENGURANGKAN MASALAH OSTEOPROSIS & ARTHRITIS

Kajian dari Unit Farmakologi UKM pada 2012 mendapati kandungan MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat membantu mengukuhkan struktur tulang serta mencegah osteoprorosis.

60% MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara sangat menyerupai dengan komposisi susu ibu yang sememangnya diketahui ramai sangat baik untuk pertumbuhan tulang manusia.

Anti-oksida di dalam Minyak Kelapa Dara yang dikenali sebagai Polyphenol didapati dapat membantu mengurangkan bengkak serta keradangan yang disebabkan oleh masalah Arthritis.

 

D'Aura 1

SUMBER TENAGA BERSIH DAN PANTAS

Berbeza dengan Gula dan Karbohidrat seperti Nasi putih, Minyak Kelapa Dara yang tinggi kandungan MCFA akan diproses kepada Tenaga dengan sangat pantas. 

Dan yang lebih menakjubkan adalah ianya tidak akan disimpan di dalam badan sebagai lemak yang berlebihan.

Jika ada mempunyai masalah DIabetis, Minyak Kelapa Dara adalah Solusi Terbaik bagi menggantikan Gula/Nasi sebagai sumber tenaga utama.

D'Aura Iklan SG website
D'Aura 9

MENCEGAH MASALAH GANGGUAN TIROID

Dr Joseph Mercola dari Amerika Syarikat mendapati Minyak Kelapa Dara mampu mencegah masalah gangguan tiroid.

“Tidak seperti Minyak Soya dan lain-lain minyak sayuran, Minyak Kelapa Dara tidak mengganggu fungsi Tiroid. Ia mempunyai sifat anti-keradangan yang dapat mengurangkan keradangan Tiroid yang jika tidak dikawal mungkin berakhir dengan hypothyroidism and hyperthyroidism.”

 

D'Aura 10

MENINGKATKAN IMUNITI BADAN

2 komponen utama di dalam Minyak Kelapa Dara iaitu Asid Laurik dan Asid Caprilik bersifat Anti-Viral. Kedua komponen ini sangat dikenali sebagai ejen yang sangat baik untuk melawan jangkitan kulat (Candida), bakteria jahat serta kuman di dalam dan luar badan.

D'Aura 11

MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN (1)

MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan pembakaran Kalori di dalam badan.

Kajian mendapati pengambilan 15g-30g dapat meningkatkan pembakaran kalori sehingga 5% berbanding asid lemak yang lain.

 

D'Aura 12

MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN (2)

Dan yang lebih menariknya adalah MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak lebihan.

Setiap Asid Lemak dari Minyak Kelapa Dara yang diambil akan terus ditukarkan kepada tenaga tanpa disimpan menjadi lemak berlebihan yang menjadi punca utama Obesiti.

D'Aura Iklan SG website
D'Aura 13

MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN (3)

Apabila MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara ditukarkan kepada tenaga dalam bentuk Ketone, ianya akan memberikan kesan “Kenyang” kepada pengambil Minyak Kelapa Dara.

Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan selera makan seseorang.

Satu kajian mendapati sesorang yang mengambil Minyak Kelapa Dara di waktu pagi, akan kurang mengambil kalori semasa makan tengahari.

 

 

 

D'Aura 14

MENGAWAL STRES DAN DEPRESI

Kandungan Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara terbukti dapat membantu mengawal stres atau tekanan dan seterusnya dapat membantu mengurangkan masalah depressi.

Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara bertindak melawan Radikal Bebas dan seterusnya akan membantu mengimbangi paras anti-oksida di dalam otak manusia dan seterusnya membantu mengawal stres dan tekanan.

D'Aura 15

MENGUATKAN RAMBUT DAN AKAR RAMBUT

Sekali lagi, Asid Laurik dalam bentuk MCFA memainkan peranan dalam menjaga kesihatan rambut anda.

Tahukah anda, punca utama kesihatan rambut merosot adalah disebabkan rambut kehilangan protein yang seterusnya mengakibatkan rambut gugur dan rosak.

Berdasarkan kajian saintifik, pengkaji mendapati Minyak Kelapa Dara sangat baik dalam membantu mencegah masalah kehilangan protein pada rambut.

 

D'Aura 16

MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN AWET MUDA

Untuk menjaga kesihatan Kulit, anda boleh makan Minyak Kelapa Dara atau juga guna sebagai sapuan.

MCFA iaitu Asid Laurik yang terkenal dengan sifat AntI-Keradangan membantu Kulit untuk kekal lembap dan anjal.

Minyak Kelapa Dara menjadi bahan utama dalam kosmetik premium seperti Make Up Remover dan juga Cleanser yang dapat menjaga kesihatan kulit serta Awet Muda bagi penggunaan jangka panjang.

D'Aura Iklan SG website
D'Aura 17

MENGURANGKAN MASALAH JANGKITAN KULIT

Minyak Kelapa Dara yang disapu terus pada kulit daat membantu masalah jangkitan yang disebabkan kuman, bakteria serta virus berbahaya.

MCFA yang bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal dan Anti-Viral dapat membantu mencegah serta membunuh kuman berbahaya.

Masalah penyakit kulit seperti Ekzema, Gataal-gatal, Jerawat, Kulat Air, Kudis, Kurap dan lain-lain akan dapat dikurangkan dengan sapuan secara langsung Minyak Kelapa Dara.

D'Aura 18

MENGURANGKAN KESAN PARUT

Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara sangat penting dalam melawan Radikal Bebas yang merosakkan kulit.

Sebagai ejen Anti-Oksida yang aktif, ianya akan membantu pembinaan Sel Kulit yang baru dan seterusnya akan menggantikan sel kulit yang rosak (Parut).

D'Aura 19

PELINCIR HUBUNGAN SEKS YANG SELAMAT

Kajian mendapati 30% daripada wanita sakit semasa melakukan hubungan seks disebabkan oleh kekeringan vagina.

Minyak Kelapa Dara boleh disapu pada kemaluan lelaki atau wanita sebelum hubungan kelamin sebagai pelincir dan mengurangkan masalah kekeringan vagina.

Penggunaan Minyak Kelapa Dara juga dapat meningkatkan deria dan saraf alat kelamin dan seterusnya memberikan kesan rangsangan yang lebih baik.

D'Aura 20

SUPERFOOD IBU HAMIL

Minyak Kelapa Dara telah terbukti sangat baik untuk ibu hamil dan telah diamalkan berkurun lamanya di Malaysia dan dunia am-nya.

Kandungan MCFA sangat membantu ibu hamil yang ada masalah berikut –

❤️ Atasi Morning Sickness
❤️ Kekal bertenaga sepanjang hari
❤️ Membantu naikkan HB Low
❤️ Mengawal GDM/ Kencing Manis
❤️ Mengurangkan masalah Sembelit dan Keputihan

RAMAI DI ANTARA KITA SEBENARNYA SUDAH TAHU AKAN KHASIAT SERTA MANFAAT MINYAK KELAPA DARA, NAMUN TERPAKSA MEMBATALKAN HASRAT UNTUK AMALKAN DISEBABKAN – 

TAK BOLEH TELAN JENIS MINYAK/CECAIR

KINI ANDA TAK PERLU RISAU LAGI.

SEMUA ORANG BOLEH AMALKAN

D'Aura Iklan SG website