“Cukup ke susu saya ni? Berkualiti ke susu saya utk anak?”

Sebaik sahaja bersalin,  mommies sudah mulakan tugasan memberi susu badan kepada si comel. Sudah semestinya, setiap mommies ingin memberikan susu badan yg terbaik untuk si comel. Salah satu cara bagi meningkatkan quantity & quality susu badan ialah dengan amalkan makanan-makanan yg tinggi kandungan vitamin.


1. Buah Halba
Halba merupakan rempah-ratus yang biasanya ada dalam setiap dapur. Halba sangat sedap jika dimasukkan ke dalam nasi lemak dan nasi dagang. Selain itu, halba juga membantu membanyakkan susu badan.


2. Oat
Oat kaya dengan serat dan terbukti sebagai makanan tambah susu yang terbaik. Jika mommies amalkan memakan oat setiap hari, mommies bukan sahaja akan membanyakkan penghasilan susu malah ia membantu merendahkah paras kolesterol dalam badan. Mommies akan menjadi semakin sihat.


3. Minyak Kelapa Dara (VCO)
Amalkan 3 sudu besar Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh membantu dalam meningkatkan asid laurik dalam susu mommies.


4. Sayur Hijau
Bayam terutamanya mengandungi kadar vitamin dan mineral yang tinggi termasuklah zat besi, kalsium, folat serta vitamin A. Kesemua khasiat ini amat membantu untuk penghasilan susu badan. Mommies yang menyusukan dicadang untuk memakan dua bahagian sayuran hijau setiap hari sepanjang menyusukan bayi.


5. Kacang Badam & Gajus
Badam dan gajus yang tinggi dengan kadar protein, zat besi dan serta mampu memberbanyakan susu badan. Makanlah ia sebagai snek kudapan.