Simptom-simptom mengandung berbeza mengikut individu, tempoh dan kekerapan. Bagi sesetengah wanita, tanda-tanda mengandung itu boleh dirasai seawal minggu pertama. Bagi wanita yang baru pertama kali hamil mungkin mommies tidak akan perasan.
Bagi memastikan yang mommies pregnant, mommies boleh mengambil pregnancy test dahulu. Mommies boleh lakukan di rumah atau mommies boleh terus dapatkan kepastian dari doktor.
Berikut merupakan antara Simptom Mengandung Paling Terang dan Jelas
1. Lewat datang haid
Tanda kehamilan yang paling jelas bagi sebahagian besar wanita, dan membuatkan mommies untuk lakukan pregnancy test ialah lewat datang haid. Haid yang lambat mungkin boleh menjadi petanda anda hamil terutama sekali kepada wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
2. Payudara semakin besar
Antara tanda awal kehamilan ialah perubahan pada payudara. Payudara anda akan menjadi lebih sensitive terutama sekali pada bahagian puting dan lebih besar kerana bengkak dan tegang. Ianya akan menjadi lebih berat atau penuh atau akan terasa sangat lembut apabila dipegang. Puting payudara, atau dipanggil areola, akan menjadi lebih gelap juga.
3. Mudah berasa penat
Ketika awal kehamilan, mommies akan mudah berasa penat dan ianya normal. Mommies akan mudah berasa penat kerana perubahan pada hormon dan fizikal. Badan mommies sedang bekerja untuk menyesuaikan diri. Mommies perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Selain itu, perbanyakkan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi kerana ia dapat membantu mengimbanginya.
4. Kerap ke Tandas
Antara tanda mengandung adalah sering membuang air kecil. Kebiasaannya ia akan bermula pada minggu ke 6 atau 8. Dari kajian, ia ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan. Ketika mengandung badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu dan bayi. Jadi lebih banyak darah ada dalam badan. Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis. Sebab itu mommies akan rasa asyik nak kencing. Lebih kerap dari biasa mommies kerap ke tandas.
5. Morning Sickness
Tahukah mommies, morning sickness itu sebenarnya baik?
“Mual dan muntah ketika hamil adalah satu keadaan untuk meningkatkan kualiti nutrisi dan melindungi janin dari sebarang risiko yang merbahaya.,” Dr. Ronna L. Chan
Kebiasaannya, Morning Sickness terjadi pada awal kehamilan. Namun, terdapat segelintir wanita mengandung yang akan mengalami simptom mengandung ini sehingga trimester ke 3. 3 dari 4 wanita hamil akan berasa loya atau morning sickness. Ia boleh terjadi bukan pada waktu pagi sahaja tetapi pada waktu tengah hari, petang dan malam. Disebabkan ini, mommies akan berasa kurang selera untuk makan.
Mommies akan mula teringin nak makan asam atau jeruk bagi mengurangkan rasa mual dan loya. Sekiranya mommies kerap muntah, pastikan mommies minum air untuk mengekalkan hidrat. Gejala ini akan mula berkurang saat kandungan mencecah minggu ke 13 atau 14.
Antara cara yang mommies boleh lakukan bagi mengurangkan morning sickness ialah dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) 2 kali sehari. Ia akan membantu dalam memberi mommies tenaga dan mengurangkan rasa loya.
6. Sakit Kepala
Mommies akan mudah untuk sakit kepala pada awal kehamilan. Ini kerana terdapat peningkatan peredaran darah mommies akibat dari perubahan hormon yang kerap. Selain itu juga ia berlaku kerana mommies berasa penat, mual, lelah dan tekanan darah yang rendah. Mommies dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mommies dilarang mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat dari doktor. Ini kerana, ubat-ubatan tersebut mungkin tidak sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung.
7. Pendarahan Implantasi
Pendarahan Implantasi kebiasaannya sedikit tidak seperti ketika haid dimana mommies perlu memakai tuala wanita. Mommies juga akan berasa sedikit kejang atau ketidakselesaan di kawasan perut iaitu bahagian abdomen bawah. Kekejangan ini berlaku selama satu hingga dua hari sahaja. Proses implantasi adalah bagi membenamkan blastocyst ke dalam rahim mommies.
Berikut merupakan 7 Simptom Mengandung yang mommies boleh check dahulu sebelum lakukan ujian kehamilan. Bagi mendapatkan hasil yang tepat, ujian kehamilan perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu selepas terlepas tempoh haid.
Jika diambil terlalu awal, ia boleh cenderung kepada jawapan yang tidak tepat atau palsu. Ia boleh menjadi negatif meskipun mommies hamil. Mommies juga dinasihatkan untuk mengambil ujian kehamilan sebaik bangun dari tidur kerana air kencing pada waktu pagi pekat.
D’Aura mendoakan semoga segala urusan mommies dipermudahkan dan kepada mommies yang baru pertama kali hamil, semoga selamat berjaya!