Kencing manis atau dikenali Gestational Diabetes Mellitus (GDM) amat bahaya untuk ibu hamil kerana GDM boleh membawa risiko yang serius kepada mommies dan juga kandungan mommies. GDM ibu hamil ialah apabila wanita mengandung tersebut mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi berbanding wanita mengandung yang lain.

Siapakah yang berisiko untuk menghidap GDM?

  1. Wanita berusia 25 ke atas.
  2. Mempunyai berat berlebihan sebelum mengandung
  3. Sejarah keluarga menghidap diabetes
  4. Menghidap GDM ketika kehamilan sebelum ini
  5. Mempunyai masalah kehamilan seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan dan keguguran.
  6. Pernah melahirkan bayi melebihi 4kg, lahir meninggal atau bayi yang dilahirkan cacat

 

9 Akibat GDM semasa hamil

  1. Bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin.
  2. Bayi mommies akan membesar secara berlebihan di dalam rahim.
  3. Mommies akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction)
  4. Terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
  5. Jika mommies bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
  6. Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
  7. Bayi mommies yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran.
  8. Maka, bayi mommies perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
  9. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

“Formula premium minyak kelapa dara dan rasberi khusus untuk persediaan ibu hamil bersalin”

https://rasberi.daurafamily.com/

5 TANDA KENCING MANIS/ GDM IBU HAMIL

Kebiasaanya, penyakit kencing manis ini boleh dikesan dengan ibu hamil minum air gula.

1. Berat badan naik mendadak

Berat naik ketika hamil itu adalah normal namun yang menjadi tidak normal ialah apabila berat badan naik secara mendadak. Selain itu, jika berat badan wanita melebihi 80kg sebelum hamil, dia lebih berisiko utk menghidap diabetes gestasi.

2. Penglihatan menjadi kabur

Anda juga akan mengalami sedikit masalah penglihatan. Ia terjadi kerana kadar gula dalam darah terlalu tinggi sehingga terdapat bahagian dalam mata membengkak.

3. Kerap buang air kecil

Ibu hamil yang menghidap kencing manis akan kerap ke tandas lebih dari wanita hamil yang biasa. Meskipun begitu, terdapat segelintir wanita hamil yang menghidap kencing manis tidak merasakan simptom ini.

4. Selalu dahaga dan lapar

Adakah mulut anda berasa kering sehingga bibir menjadi luka? Kehausan dan kelaparan juga merupakan antara simptom kencing manis. Mommies perlu minum air lebih dari biasa mommies minum.

5. Rasa letih yang melampau

Anda akan berasa amat letih sepanjang mengandung tanpa mengira waktu. Bagi dapatkan kepastian, mommies boleh dapatkan nasihat dari doktor.

 

Cara Mengatasi GDM Ketika Hamil

1.Amalkan pemakanan yang sihat & seimbang

Pilih makanan yang kaya dengan serat serta rendah lemak dan rendah kalori. Lebihkan buah-buahan, sayur dan ulam. Mommies juga perlu mengawal portion yang mommies ambil. Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh menstabilkan paras glukosa dalam darah. Mommies hanya perlu amalkan 2 sudu sehari, pagi selepas sarapan dan sebelum tidur.

2. Kekal aktif

Jika mommies lakukan senaman sebelum dan ketika mengandung, ia boleh membantu mommies untuk kurangkan risiko menhgidap GDM. Lakukan aktiviti yang mommies suka sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Berjalan di taman. Berbasikal. Berenang.

3. Mulakan perjalanan hamil dengan berat yang sesuai

Jika mommies sedang merancang untuk mengandung, pastikan BMI mommies normal. Jika mommies mempunyai berat berlebihan, mommies perlu amalkan gaya hidup yang sihat bagi mengurangkan berat badan.

4. Ikuti berat yang disyorkan oleh doktor.

Berat naik ketika mengandung adalah perkara yang normal dan sihat. Namun, jika berat mommies naik secara mendadak, mommies mempunyai risiko untuk menghidap GDM. Dapatkan nasihat dari doktor berat yang mommies perlukan.

Maka, mommies perlu mengawal pengambilan makanan dan senaman sepanjang tempoh kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada mommies dan juga bayi mommies.

Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura mempunyai banyak khasiat dan sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Amalkan 2 sudu sehari bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya.

PAKAR-PAKAR KESIHATAN MENYARANKAN PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA KETIKA HAMIL

D'Aura Snapinsta.app 339816078 896615608277520 4057717991851848938 n 1080

Pembelian D’Aura Minyak Kelapa Dara di Shopee “Klik Sini”

D'Aura Shopee logo

Sepanjang penggunaan D’Aura Minyak Kelapa Dara Rasberi, Team HQ akan memberikan bimbingan secara percuma untuk memastikan anda berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

D'Aura 220 2203188 support icon customer service icon png transparent png
D'Aura whatsapp button water heater city banner