Fuhh rasa berdebar je kan jantung ni saat saat kandungan dah mencecah 9 bulan keatas. Rasa tak sabar sangat nak tunggu ketibaan si comel kan. Antara 9 tanda-tanda nak bersalin yang mommies mungkin hadapi adalah seperti berikut:
Pasti new mommies tertanya-tanya kan, berapa lama proses bersalin, bagaimana prosesnya, apa perasaan mommies ketika itu dan yang pasti, mommies akan tertanya-tanya apakah tanda-tanda nak bersalin?
APA ITU BERSALIN?
Bersalin atau kelahiran anak merupakan proses pada peringkat akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim mommies. Ia akan bermula dengan rahim mengecut setiap 10-30 minit dan proses pengecutan akan berlaku selama 40 saat. Proses pengecutan rahim akan meningkat setiap 2 minit secara perlahan. Setelah pangkal rahim membuka sehingga 10cm, janin akan dikeluarkan melalui vagina.
TANDA-TANDA BERSALIN: 1 JAM SEHINGGA 1 BULAN SEBELUM PROSES BERSALIN.
“The Baby Drops”
Pada 2 atau 4 minggu terakhir, mommies akan berasa seperti kandungan seakan bergerak ke bawah. Kepala bayi akan semakin menghampiri pintu pelvis. Ini kerana, kandungan mommies sedang mengambil posisi untuk keluar dari rahim, iaitu kepala bayi sudah turun dan rendah.
Kerap buang air kecil
Disebabkan kepala bayi semakin menghampiri pintu pelvis, mommies akan semakin kerap ingin buang air kecil. Ini kerana, kedudukan kepala bayi yang rendah dan memberikan lebih banyak tekanan kepada pundi kencing mommies.
Keluar lendir dari vagina
Mommies juga akan mengalami lendir yang keluar dari vagina berwarna putih dan merah jambu. Lendiran tersebut akan berbeza dari lendiran darah.
Pintu rahim semakin mengembang & terbuka
Pintu rahim akan semakin menipis dan terbuka adalah tanda-tanda proses bersalin semakin dekat. Jika pembukaan pintu rahim sudah sepenuhnya, barulah proses bersalin akan bermula.
Sakit belakang dan kontraksi
Mommies akan mula berasa sakit belakang diiringi dengan sakit kontraksi. Ini kerana, kandungan mommies semakin berat dan kepala bayi semakin dekat dengan pintu pelvik. Otot dan sendi mommies akan merenggang bagi mempersiapkan badan mommies untuk proses bersalin.
Kontraksi
Terdapat wanita yang berasa kontraksinya seakan-akan senggugut, mencucuk, menguncup dan meregang. Rasa seperti memulas yang bermula dari bahagian belakang & membawa ke bahagian hadapan abdoment.
Tapi ada juga “kontraksi palsu” dipanggil Braxton-Hicks dimana mommies akan berasa sakit di bahagian perut dan pinggul akibat pengecutan perut. Sekejap mommies rasa sakit, sekejap lagi sakit tersebut pergi dengan sendiri. Kontraksi ini boleh berlangsung sehingga 120 saat. Bagi mengurangkan kesakitan, mommies boleh ubah posisi dari duduk ke berjalan atau sebaliknya.
Bagaiman ingin membezakan “kontraksi palsu” dengan kontraksi betul?
- Jika mommies seorang yang aktif, kontraksi yang betul akan menjadi lebih kuat berbanding Braxton-Hicks dimana ia akan perlahan-lahan hilang.
- Jika mommies tukar positi mommies, dari duduk ke berdiri atau berdiri ke duduk, Braxton-Hicks kontraksi akan hilang.
- Kontraksi yang betul akan menjadi lebih kerap dan lebih sakit dan akan menjadi corak yang biasa. Braxton-Hicks kontraksi pula akan datang dan pergi tanpa menjadi lebih sakit.
Cirit birit dan Loya
Mommies akan berasa tidak selesa di bahagian perut kerana hormon kelahiran. Ini kerana, badan mommies sedang mengosongkan usus bagi memberi ruang kepada bayi. Mommies akan berasa loya dan ciri birit. Banyakkan minum air bagi mengekalkan hidrasi. Jangan risau, ianya normal.
Badan berasa letih
Mommies akan berasa susah untuk bergerak dan susah tidur pada minggu-minggu akhir kehamilan dengan perut mommies yang besar. Ia menyukarkan pergerakan mommies, menekan pundi kencing mommies dan organ lain. Mommies boleh amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) bagi memberi tenaga kepada mommies. Selain itu, cuba cari posisi yang paling selesa untuk mommies and tidur dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Air ketuban pecah
Ini merupakan tanda yg paling umum. Kebiasaanya air akan mengalir secara perlahan atau menitis. Cecair amniotik ini tiada warna dan tidak berbau. Sejurus sahaja perkara ini berlalu, mommies perlu pergi ke hospital dengan segera.
Berikut merupakan 9 Tanda-Tanda Bersalin yang Mommies perlu ketahui.
Suami dan bakal bapa juga memainkan peranan yang penting terutama sekali saat kandungan mommy mencecah 9 bulan. Ini kerana factor-faktor di atas, suami perlu sentiasa berada di sisi mommy memberi sokongan dari pelbagai sudut, emosi, rohani dan fizikal. Bapa juga boleh membantu mengurangkan rasa gemuruh mommy dengan melakukan urutan bagi menghilangkan lenguh-lenguh ibu disamping memberi ketenangan kepada mommies.
Okay mommies. Kami doakan semoga segalanya dipermudahkan. Good luck mommies!