Diabetes atau kencing manis adalah satu daripada 10 penyakit yang membawa kematian di Malaysia.

BAGAIMANA INSULIN BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN GULA

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh Pankreas bagi membantu untuk mengawal paras gula dalam badan. Insulin akan memastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Jika anda penghidap Kencing Manis, Pankreas anda tidak menghasilkan Insulin yang mencukupi atau badan anda tidak memberi tindak balas yang baik terhadap Insulin. Badan anda memerlukan Insulin bagi memastikan paras gula dalam darah anda berada pada paras yang baik. 

Bagaimana Kencing Manis Memberi Kesan kepada Penghasilan Insulin

Setiap jenis Diabetes boleh memberi kesan yang berbeza terhadap penghasilan Insulin. Diabetes Type 1 menyebabkan kerosakan pada sel beta pada Pankreas dan membuatkan Pankreas anda tidak dapat menghasilkan Insulin. Manakala Diabetes Type 2 pula secara beransur-ansur akan membuatkan sel beta anda sukar untuk bekerja, dan membuatkan sel-sel dalam badan anda sukar untuk menyerap dan menggunakan Insulin dengan sempurna.

Kandungan gula yang terdapat dalam makanan anda akan meningkatkan paras glukosa dalam darah anda. Sekiranya kandungan gula dalam darah anda secara berterusan tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah. Lama kelamaan, kencing manis boleh menyebabkan anda menghadapi masalah urat saraf, penglihatan, buah pinggang, hati, dan organ lain.

Tahukah anda, mereka yang menghidap Diabetes Type 1 dan sesetengah Diabetes Type 2 mengambil Insulin buatan makmal bagi mengawal gula dalam darah mereka?

Bagaimana Insulin membantu Pesakit Diabetes?

Rawatan Insulin ini sama dengan Insulin semula jadi yang dihasilkan oleh Pankreas. Selepas anda makan, badan anda akan MENUKARKAN karbohidrat menjadi glukosa. Glukosa tersebut akan masuk ke saluran darah anda dan menyebabkan paras gula dalam darah anda akan meningkat. 

Apabila penghidap diabetes mengambil Insulin, ia akan membantu untuk memindahkan Glukosa keluar dari saluran darah anda dan  ke dalam sel. Sel anda akan menggunakan sedikit gula untuk menghasilkan tenaga dan kemudian menyimpan sebarang sisa gula dalam lemak, otot dan hati anda untuk digunakan kemudian.

Sebaik sahaja gula bergerak ke dalam sel anda, paras glukosa darah anda akan kembali normal.

BAGAIMANA MINYAK KELAPA DARA D’AURA MEMBANTU MENGAWAL MASALAH KENCING MANIS?

Terdapat satu Nutrien penting di dalam Minyak Kelapa Dara yang di kenali sebagai “Medium Chain Fatty Acid”. Minyak Kelapa Dara terdiri daripada lebih kurang 60%  Medium Chain Fatty Acid ini

Medium Chain Fatty Acid

D'Aura MCFA

Medium Chain Fatty Acid juga di kenali sebagai Lemak Tepu Rantaian Sederhana.

Berbeza dengan Lemak Tepu lain seperti Produk Tenusu, Susu Lembu, Mentega dan Daging, Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Asid Laurik mempunyai tinggi kandungan MCFA.

MCFA sangat mudah untuk diuraikan kepada tenaga.

Dan menariknya, tidak seperti Asid Tepu yang lain, Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak berlebihan di dalam badan. Malah ianya baik untuk jantung dan mengawal kencing manis!

 

Bagaimana MCFA Membantu Mengawal Kencing Manis?

D'Aura m1

Secara asasnya, kita semua sedia maklum bahawa Pesakit Kencing Manis perlu menjaga pemakanan terutamanya pengambilan Glukos/Gula serta Karbohidrat (Nasi).

 Pengambilan Gula akan meningkatkan lagi kandungan glukos dalam darah dan seterusnya akan memburukkan lagi keadaan.

Tanpa pengambilan gula dan nasi (karbohidrat), pesakit Kencing Manis sudah tentunya akan merasa cepat penat dan tidak bermaya kerana tiada glukos untuk ditukarkan kepada tenaga.

Di sini Minyak Kelapa Dara D’Aura memainkan peranan penting sebagai pembekal sumber tenaga bersih dan selamat tanpa perlu mengambil sebarang gula tambahan.

MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara akan terus ditukarkan kepada tenaga dalam masa yang sangat singkat kerana sifat rantaian sederhananya sangat mudah dicerna dan diurai.

Jadi Pesakit Kencing Manis tidak perlu risau lagi tiada tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian. 

Amalkan Minyak Kelapa Dara hari ini dan secara tidak langsung dapat mengawal pengambilan gula ke dalam badan.

 

INSULIN DAN MINYAK KELAPA DARA

D'Aura Insulin

Insulin ada sejenis Hormon yang dihasilkan oleh Pankreas yang berfungsi sebagai kunci yang menukarkan glukos kepada tenaga ke sel-sel di seluruh badan.

Masalah Kencing Manis lazimnya terjadi disebabkan oleh 2 keadaan iaitu – 

1. Pankreas tidak dapat menghasilkan Insulin yang mencukupi

2. Insulin yang dihasilkan tidak berfungsi dengan baik

MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU PENGHASILAN INSULIN

D'Aura MCFA 1

Minyak Kelapa Dara yang mengandungi tinggi kandungan Asid Laurik dan Asid Kaprik membantu meningkatkan abiliti Pankreas untuk menghasilkan hormon insulin.

Apabila Pankreas menghasilkan lebih banyak Hormon Insulin, maka lebih banyak glukos dari dalam darah dapat ditukarkan kepada tenaga. Ini secara tidak langsung mengurangkan glukos di dalam saluran darah.

MINYAK KELAPA DARA SEBAGAI PENGGANTI INSULIN

D'Aura MCFA 2

Diingatkan, Minyak Kelapa Dara bukanlah berfungsi sama seperti Insulin iaitu membantu Glukos untuk diserapkan ke dalam sel badan.

Namun tujuan Glukos diserapkan ke dalam sel adalah untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi seperti biasa.

Di sini Minyak Kelapa Dara bertindak membekalkan tenaga kepada sel-sel diseluruh badan tanpa perlu bargantung kepada insulin dan glukos lagi.

 

PESANAN PERUBATAN

  • Diingatkan, Penyakit Kenicng Manis diklasifikasikan sebagai Penyakit yang tiada penawar dan tidak boleh sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun kandungan Gula dalam darah pesakit telah turun ke paras normal, namun pesakit tidak akan dikategorikan sebagai sembuh menurut KKM.

 

  • Pengambilan Minyak Kelapa Dara atau apa saja ubat klinik tidak akan dapat menyembuhkan masalah Kencing Manis anda. Penggunaan Minyak Kelapa Dara cuma untuk mengawal Kencing Manis sahaja. 

  • Sekiranya anda ada mengambil ubatan atau Insulin dari Klinik/Hospital, sila teruskan penggunaan tersebut. Jarakkan 1 jam dari penggunaan Minyak Kelapa Dara. 

  • Jika terdapat simptom-simptom tindakbalas yang tidak serasi dengan badan anda, sila hentikan pengambilan Minyak Kelapa Dara dan dapatkan khidmat nasihat dari Doktor Perubatan yang bertauliah.
D'Aura Shopee logo
D'Aura whatsapp button water heater city banner