MASALAH KULIT
Kulit merupakan organ yang terbesar dan apabila kulit mengalami masalah, anda pasti akan ketahui dengan cepat. Seseorang yang mengalami masalah kulit berasa tidak selesa dan gatal-gatal. Fungsinya utama kulit ialah untuk melindungi tubuh dari bakteri, virus, dan sinaran matahari.
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MASALAH KULIT?
Masalah kulit sering terjadi dalam pelbagai faktor, bentuk, simptom dan mempunyai tahap keparahan yang berbeza dan bersifat sementara atau kekal. Antara faktor yang menyebabkan kulit bermasalah ialah genetik, pemakanan, persekitaran dan alahan pada produk. Malah masalah kulit juga boleh mengancam nyawa dan berisiko tanpa mengira umur. Masalah kulit yang paling banyak dialami oleh rakyat Malaysia ialah Ekzema.
“APA ITU EKZEMA?”
Ekzema atau dermatitis (“keradangan kulit”) ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Ekzema ialah masalah kulit yang paling popular dan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerahan, terkoyak dan luka. Ekzema terjadi disebabkan faktor genetik, alahan dan hormon yang tidak stabil. Apabila terjadinya Ekzema, lapisan kulit luar akan pecah ataupun luka dan memudahkan virus & kuman untuk masuk ke dalam badan melalui kulit yang rosak.
JENIS-JENIS EKZEMA
DERMATITIS ATOPIK
Ekzema yang sering berlaku, kebiasaanya bermula dari kanak-kanak seawal usia 5 tahun, golongan menghidap asma, rintis alergi atau masalah kulit juga berisiko tinggi dan terdedah kepada DERMATITIS ATOPIK.
DERMATITIS SENTUHAN
Ekzema yang berlaku akibat sentuhan lansung dengan bahan yang menyebabkan alahan atau tindakbalas alahan terhadap bahan tersebut.
NEURODERMATITIS
Ekzema yang bermula dari satu tompokan kulit yang gatal. Tompokan akan merebak semakin besar apabila digaru dan menjadikan ia bersisik lebih tebal.
D’AURA ECZEMA OIL
Mengabungkan khasiat Minyak Kelapa Dara yang diperkayakan dengan Chamomile, Calendula disamping pelbagai minyak pati terpilih untuk melegakan permasalahan Ekzema dengan membaiki Radang Kulit, Melegakan Masalah Kegatalan dan Menyuburkan Tekstur kulit.
Eczema Oil yang diformulasikan oleh D’Aura terbahagi kepada dua segmen penguna iaitu bayi bawah tiga tahun dan untuk segmen 3 tahun keatas. Ini adalah kerana struktur kulit yang amat berbeza diantara 2 segmen tersebut.
D’Aura Eczema Oil yang dihasilkan adalah untuk mengatasi masalah Ekzema tahap 1 & 2. Tahap-Tahap eczema:
Tahap 1: Kulit kering gatal
Tahap 2: Kering gatal sensitif luka
Tahap 3: Luka berdarah
KANDUNGAN D’AURA ECZEMA OIL
MINYAK KELAPA DARA
Meningkatkan Kelembapan dan Mengelakkan Kulit Menjadi Kering
CALENDULA
Melegakan Kegatalan Kulit Secara Pantas dengan Sifat Anti-Radang
CLARY SAGE
Mengurangkan Stress Pada Badan yang Menjadi Pencetus Ekzema
EUCALYPTUS
Penyejuk Semulajadi yang Menghilangkan Rasa Gatal Kulit
CHAMOMILE
Mengelakkan Kulit Daripada “HYPER” Pigmentasi dan Masalah Tompok
D’Aura Eczema Oil menekankan kepada ramuan semulajadi yang tidak mengandungi bahan-bahan berikut:
PARABEN
(pengawet kimia utk memanjangkan hayat produk) yang boleh mengakibatkan kanser
ALKOHOL
mungkin membantu mempercepatkan proses mengeringkan kulit berair tetapi ianya juga merosakkan struktur kulit jika kerap digunakan hingga mengakibatkan kulit luka, sangat kering dan seterusnya menjadikan ezcema lebih teruk
HEAVY METAL
(contoh: bahan bertoksik seperti plumbum, mekuri, cadmium, dll) adalah sangat toksik dan beracun kepada tubuh badan
STEROID
merupakan penyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi dan juga serangan jantung