Kisah ini dipetik dan disunting dari blog asal – dr-sabirinjaafar.blogspot.com

Semua manusia mengalami rasa sihat dan sakit. Tidak ada orang yang sihat sepanjang masa. Ramai orang takut jumpa doktor. Ramai yang menyembunyikan penyakit yang dihidapi. Bagi  aku biarlah orang tahu sakit kita sebab kalau musibah terjadi orang  mudah membantu.

YA AKU ADALAH PESAKIT KENCING MANIS YANG TEGAR

Aku disahkan pengidap semasa berumur 27 tahun. Sekarang umur aku 58 tahun. Maknanya sudah 31 tahun aku disahkan pengidap diabetes. 

D'Aura Dr Muhammad 1

PUNCA-PUNCA PENYAKIT DIABETIS

Semasa bekerja di Kuala Kubu Bharu, aku tinggal berseorangan. Peti Aisku penuh dengan pelbagai minuman manis seperti Coca-Cola, A&W, Air Tebu, Soya, Cincau dan pelbagai lagi. Semasa di Universiti, aku selalu ikat perut jadi kali ini apabila gaji aku memang aku sebat semua makanan. 

Tanda-tanda awal adalah aku selalu dahaga di tengah malam dan kerap hendak membuang air kecil semasa tidur. Apabila dahaga, aku akan minum air bergas yang ada di dalam peti aisku.

 Selepas berkahwin pada awal 90-an, isteri ku hairan melihat mangkuk tandas sering bersemut. Selepas didesak oleh isteri barulah aku ke klinik untuk melakukan ujian darah.

Dan 3 hari kemudian aku disahkan menghidap Kencing Manis oleh Doktor Manjit yang memeriksa aku ketika itu. Sebagai pesakit kencing manis, beliau mengatakan bahawa saya perlu mengawal makan terutamanya gula dan keduanya saya perlu makan ubat seumur hidup!

Dan yang paling mengejutkan aku ketika itu apabila beliau berkata, jika aku tidak mengawal makan dan makan ubat, aku akan –

MENDAPAT SERANGAN JANTUNG DAN STROK DALAM MASA 6 TAHUN SAHAJA!

Bayangkan ketika itu, umurku baru sahaja 27 tahun dan baru berkahwin. Isteri sedang mengandung anak pertama. Jika aku meninggal dunia, isteriku akan jadi janda muda dan anakku akan jadi anak yatim!

Alhamdulillah 6 tahun telah pun berakhir dan aku masih lagi Survive!

Aku pergi semula ke Klinik Dr Manjit untuk bertemu beliau untuk mengatakan aku telah berjaya survive sehingga sekarang namun sayangnya Dr Manjit telah pun meninggal dunia ketika itu dan cuma sempat berjumpa dengan rakan kongsi beliau sahaja iaitu Dr Kartar Singh.

 

BAGAIMANA AKU SURVIVE MASALAH KENCING MANIS SELAMA 31 TAHUN?

Tiada rahsia atau magik. Aku cuma perlu ikut apa yang Pakar Perubatan nasihatkan iaitu –

  1. Mengawal pengambilan gula. Yang ni yang paling susah sebab bukan setakat gula. Malah nasi juga kene catu. Tak makan nasi dan tak ambil gula maka akan cepat penat dan letih kan?
  2.  Aku makan ubat dari dulu hingga sekarang tanpa henti. Aku percaya ubat-ubatan moden ni.

Kepada pesakit Diabetis, jika anda terus mendengar nasihat pakar perubatan insyaallah anda akan selamat.

BAGAIMANA MENGAWAL PENGAMBILAN GULA?

Dilema utama pesakit Kencing Manis sudah tentunya pengambilan gula dan juga nasi putih. Mereka sedar tanpa pengambilan gula dan juga nasi putih, mereka akan tiada tenaga untuk melakukan tugasan harian. Malah sudah tentunya akan cepat letih.

D'Aura Iklan SG website

Bagaimana jika terdapat satu suplimen yang diperakui di seluruh dunia melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh Colorado Coconut Center yang dapat menggantikan fungsi gula dan juga nasi putih, malah kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi, mahukah anda mencubanya untuk membantu anda mengawal gula dalam darah?

Jika jawapan anda “Ya” sila klik butang di bawah

D'Aura Shopee logo
D'Aura whatsapp button water heater city banner