D'Aura COVID 19 1

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Novel Coronavirus (COVID-19) pula adalah merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia. 

Jangkitan COVID-19 boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Ia boleh dijangkiti dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau melalui sentuhan pada permukaan yang telah tercemar. 

COVID-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh merebak melalui titisan cecair daripada mulut dan hidung iaitu apabila pesakit tersebut bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan disedut oleh individu yang berdekatan.

ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM COVID-19:

  1. Demam (suhu melebihi 37.8℃ atau kulit terlalu panas untuk disentuh)
  2. Batuk berterusan
  3. Nafas yang pendek atau sukar untuk bernafas.
  4. Keletihan
  5. Sakit kepala
  6. Sakit tekak
  7. Sakit-sakit badan

Buat masa sekarang, tiada lagi vaksin yang boleh merawat COVID-19. Antibiotik tidak berkesan kerana COVID-19 adalah sejenis jangkitan virus bukan bakteria.

Dalam sains, virus termasuk dalam kumpulan mikroorganisma. Ia seakan bakteria tetapi tidak serupa. Virus tidak boleh dimatikan dengan apa² ubat. Berbeza dengan bakteria yang boleh dihapuskan dengan ubat antibiotik. Untuk pengetahuan, virus hanya boleh mati dengan imun manusia yang kuat.

Penggunaan vaksin sebenarnya bukan untuk mematikan virus termasuk COVID-19, tetapi hanya untuk membantu menguatkan imun bagi “berperang” mengalahkan virus. Malangnya hingga sekarang, vaksin untuk COVID-19 belum dapat dicipta oleh pakar. Sehubungan itu, supplement yang dapat membantu menguatkan imun sangat diperlukan. Minyak Kelapa Dara (VCO) memang sifat semula jadinya menguatkan imun secara total.

“Minyak Kelapa Dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang sangat berharga. Saya memang sangat berharap agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan pemakanan harian anda” – Dr. John J.Kabara ( Universiti Michigan – USA )

“Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang paling menyihatkan di dunia” – Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, MBBS Bcs ( Hons ) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP ( Clinic Nutrition )

“Minyak Kelapa Dara (VCO)  bersifat ativirus, anti-bakteria, anti-kulat & anti parasit secara semula jadi yang boleh membantu mengawal pelbagai jenis  penyakit” – Dr. Bruce Fife, Doctor Naturopat USA

Dengan amalan meminum Minyak Kelapa Dara (VCO) secara konsisten, insyaallah kita terlindung dari serangan COVID-19. Ini adalah ikhtiar kita. Selebihnya kita tawakal kepada ALLAH. Mudah²han kita dijauhi sebarang virus terutama COVID-19 dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara (VCO). Aamiin.

Selain dari mengamalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) bagi meningkatkan imun sistem badan mommies, ikuti 6 Langkah dibawah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

COVID-19: LANGKAH-LANGKAH BERJAGA YANG PERLU DIAMBIL

1.Cuci tangan dengan kerap
Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air & sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser). 

2. Maintain “social distancing”
Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 1 meter dari orang yang menghidap batuk atau selesama. Jika anda terlalu dekat dengan mereka, anda mungkin akan menghirup udara yang tercemar, termasuk Virus COVID-19 jika orang batuk itu mempunyai penyakit tersebut. 

3. Elakkan dari menyentuh mata, hidung & mulut,
Tangan anda menyentuh banyak permukaan dan boleh terjangkiti dengan virus. Apabila tangan anda sudah terjangkiti dengan virus dan virus tersebut boleh berpindah ke mata, hidung & mulut anda. Dari situ, virus boleh masuk ke dalam badan anda & membuatkan badan anda jatuh sakit.

4. Amalkan etika batuk yg baik
Mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.

5. Jika anda demam, batuk, dan sukar untuk bernafas, jumpa doktor dengan segera.
Stay home jika anda berasa tidak sihat. Jika anda demam, batuk, & sukar utk bernafas, jumpa doktor dengan segera. Dapatkan nasihat dari mereka secepat mungkin.

6. Dapatkan informasi terkini dan mengikut nasihat yang diberi oleh kerajaan.
Dapatkan informasi terkini mengenai perkembangan COVID-19. Ikuti nasihat yang diberikan oleh kerajaan tentang cara melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.

D'Aura SOFTGEL BUY 2 GET FREE
D'Aura EVCO PROMOTION