MASALAH JANTUNG PEMBUNUH SENYAP WARGA 40-an 

Jantung merupakan antara organ yang terpenting di dalam tubuh manusia. Jantung diumpamakan sebagai bateri yang membekalkan tenaga dan juga nutrien ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah.

Antara fungsi utama jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Melalui salurah darah, Jantung berfungsi untuk : –

  • Membekalkan Oksigen ke seluruh badan dan seterusya menyahtinjakan Karbon Dioksida.
  • Menghantar Nutrien ke seluruh tubuh badan
  • Sel Darah Putih di dalam saluran darah bertindak sebagai mekanisma pertahanan tubuh

 

APA ITU PENYAKIT JANTUNG?

Penyakit jantung adalah satu terma yang merangkumi pelbagai masalah jantung. Ia bukan sahaja merujuk kepada masalah pada organ jantung, tetapi juga masalah pada pembuluh-pembuluh darah.

Hal ini adalah kerana kedua-duanya saling berkaitan dan akan memberi kesan kepada satu sama lain sekiranya sebarang masalah berlaku.

PENYAKIT JANTUNG KORONARI

Penyakit Jantung yang utama di Malaysia adalah Coronary Artery Disease atau lebih dikenali sebagai Penyakit Jantung Koronari.

Penyakit Jantung ini amat berkait rapat dengan masalah tekanan darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol.

Ia berlaku secara tiba-tiba atau serangan jantung mendadak (Heart Attack). Masalah ini berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah ke jantung iaitu salur darah koronari tersumbat. Biasanya disebabkan oleh arterosklerosis. Ini menyebabkan otot jantung pada bahagian yang terlibat kekurangan oksigen dan kemudian mati seterusnya mengakibatkan gangguan kepada fungsi jantung.

PUNCA PENYAKIT JANTUNG

Jantung memerlukan Oksigen untuk berfungsi dengan baik. 

Masalah serangan jantung akan timbul apabila terdapat sekatan di dalam saluran darah yang bertindak membawa oksigen ke jantung.

Sekatan saluran darah kebiasaan berasal daripada deposit lemak (atheroma) dalam saluran darah. Deposit lemak ini menyempitkan saluran darah anda.

RISIKO-RISIKO SERANGAN JANTUNG

DARAH TINGGI

D'Aura 1

Ia meningkatkan stres terhadap jantung anda untuk mengepam darah dengan memerlukan pembekalan darah yang lebih banyak

KOLESTROL YANG TINGGI

D'Aura 6 1

Kolesterol adalah penting dalam badan kita. Jikalau terdapat berlebihan dalam badan kita, ia akan meningkatkan risiko mendapat deposit lemak, terutamanya kolesterol LDL

DIABETIS

D'Aura 3 1

Diabetis akan menyebabkan kandungan gula/glukos tidak dapat keluar dari saluran darah dan seterusnya akan menyebabkan saluran darah tersumbat.

HISAP ROKOK

D'Aura 4 1

Nikotin dan karbon dioxida yang terkandung dalam rokok anda memberikan stres kepada jantung anda untuk berfungsi dengan lebih cepat. Selain itu, komponen-komponen ini meningkatkan risiko gumpalan dara

OBESITI

D'Aura 2 1

Obesiti meningkatkan risiko anda mendapat darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.

FAKTOR KETURUNAN

D'Aura 5 1

Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit sakit jantung.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

D'Aura Bad

Bagi mencegah serangan penyakit jantung, pemakanan atau diet sangat memainkan peranan penting. Berikut adalah makanan yang perlu anda hindari atau kurangkan bagi mencegah penyakit jantung.

 

  1. Gula, Garam dan Lemak
  2. Daging diproses
  3. Daging Merah
  4. Makanan Fast Food
  5. Alkohol
  6. Mentega
  7. Mee Segera

MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL

D'Aura Healthy

Berikut adalah pemakanan yang baik untuk diamalkan bagi mencegah dan juga mengawal masalah penyakit jantung.

 

  1. Makanan Ber-Oat
  2. Salmon
  3. Avocado
  4. Kekacang
  5. Berry
  6. Sayur-sayuran Hijau seperti Bayam
  7. Minyak Kelapa Dara

AKTIVITI FIZIKAL

D'Aura Jantung 45 55
D'Aura Kencing Manis 45 55
D'Aura Sakit Sendi 45 55 tahun
  • Kajian yang dilakukan terhadap kadar aktiviti fizikal yang dilakukan oleh orang dewasa di Malaysia menunjukkan majoriti masyarakat lebih banyak menghabiskan masa harian mereka dengan tidur dan duduk.
  • Maka tidak hairanlah sekiranya berlaku peningkatan dalam bilangan pesakit kronik seperti penghidap penyakit jantung. Oleh itu, masyarakat amat disarankan untuk bergerak aktif setiap hari.
  • Ia merupakan pencegahan penyakit jantung pada wanita dan juga lelaki yang amat efektif. Setiap dewasa perlu melakukan senaman ringan dalam 30 minit sekurang-kurangnya 5 kali seminggu atau 75 minit senaman berat dalam seminggu.
  • Kanak – kanak dan remaja juga tidak terkecuali dalam hal ini, lebih-lebih lagi kerana kanak-kanak masa kini lebih banyak menghabiskan masa di hadapan gajet dan televisyen.
  • Mereka disarankan untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal selama 60 minit setiap hari. Mereka juga digalakkan melakukan aktiviti atau senaman menguatkan tulang dan otot 3 kali dalam seminggu.

BAGAIMANA MINYAK KELAPA DARA D’AURA MEMBANTU MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG?

D'Aura Iklan SG website

KAJIAN DARI PAKAR PERUBATAN DAN KESIHATAN

Berdasarkan Journal “Minyak Kelapa Dara dan Manfaat kepada Jantung 2016” yang diterbitkan oleh School of Medical Science, Universiti Sains Malaysia menyatakan –

1. Antara punca utama kepada masalah serangan jantung adalah kerana peningkatan Low-Density Lipoprotein (LDL) yang akan melekat di dinding saluran darah.

2. LDL yang lebih dikenali sebagai Kolestrol Jahat akan membentuk lapisan lemak di dalam saluran darah dan lama kelamaan akan menyekat saluran darah dan seterusnya menyebabkan penyakit jantung.

3. Minyak Kelapa Dara kaya dengan High-Density Lipoprotein (HDL) yang juga dikenali sebagai Kolestrol Baik

4. HDL berfungsi sebagai pencuci saluran darah dari sebarang LDL yang melekat di dindingnya.

 

APA KATA PAKAR KESIHATAN TENTANG MINYAK KELAPA DARA?

D'Aura LDL
D'Aura LDL 1

5 PESANAN BUAT PESAKIT JANTUNG 

Kebanyakan kematian disebabkan penyakit jantung berlaku disebabkan tidak sempat tiba ke Hospital. Kelewatan ini memberikan impak besar kepada jantung dan kemungkinanan besar ianya tidak dapat dipulihkan lagi.

 

  1. Dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda sakit dada walaupun anda tidak pasti atau ragu-ragu.
  2. Jika anda agak stabil, sila terus ke Jabatan Kecemasan di Hospital berdekatan.
  3. Masa adalah Otot. Lebih banyak masa diambil akan menyebabkan lebih banyak otot jantung yang rosak.
  4. Jika mangsa tidak sedarkan diri sebelum tiba di Hospital, CPR akan memberikan peluang untuk hidup.
  5. Jangan berhenti mengambil ubat tanpa saranan dari doktor

5 PESANAN BUAT ANDA SEBELUM TERKENA PENYAKIT JANTUNG

Sekali lagi diingatkan bahawa serangan penyakit jantung adalah pembunuh senyap no.1 di Malaysia dan di dunia. Ianya menyerang kita tanpa kita sedari. Dan yang lebih menakutkan adalah apabila ianya terjadi, mungkin itu adalah serangan pertama dan juga yang terakhir.

Ambil perhatian kepada pesanan di bawah bagi kepentingan dan kesihatan anda – 

 

  1. Jaga Pemakanan dan Diet anda kerana ini adalah penyebab utama anda diserang penyakit jantung
  2. Lakukan senaman ringan dan cara hidup yang sihat
  3. Elakkan merokok dan juga minuman beralkohol
  4. Lakukan pemeriksaan berkala di Hopsital/Klinik lebih-lebih lagi bila anda sudah berumur 40-an dan ke atas
  5. Amalkan suplimen kesihatan yang terbukti baik untuk kesihatan seperti D’Aura Minyak Kelapa Dara Softgel
D'Aura Shopee logo
D'Aura whatsapp button water heater city banner