Tahukah anda, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan) jika penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil?

BAGAIMANA KENCING MANIS MEMBERI KESAN KEPADA KAKI ANDA?

Tahukah anda, lama kelamaan, masalah kencing manis boleh menyebabkan kerosakan urat saraf, atau dikenali sebagai neuropati diabetes. Di mana ia boleh menyebabkan kaki anda berasa kebas dan sakit, dan boleh membuat anda hilang “deria rasa” pada bahagian kaki. Apabila anda mula tiada rasa pada bahagian kaki, luka kecil yang ada pada kaki juga boleh anda tidak rasa, dan boleh menyebabkan luka tersebut dijangkiti dengan bakteria.

Penyakit kencing manis boleh mengurangkan jumlah aliran darah pada kaki anda. Sekiranya darah yang mengalir ke kaki tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan kaki anda yang sakit dan luka sukar untuk sembuh. Jangkitan ini pula boleh menyebabkan gangren. Gangren bermaksud kematian tisu badan kerana kekurangan aliran darah atau jangkitan bakteria yang serius. 

Gangren dan ulser kaki yang tidak sembuh melalui rawatan, boleh menyebabkan jari kaki atau kaki anda di amputasi. Pakar bedah melakukan amputasi pada kaki anda bagi mencegah jagkitan merebak ke seluruh badan anda, dan untuk menyelamatkan nyawa anda. Penjagaan kaki perlu dititik beratkan bagi mengelakkan jangkitan kuman dan gangren yang serius.

Kerosakan urat saraf yang disebabkan kencing manis boleh menyebabkan kaki anda berubah bentuk, seperti kaki Charcot. Kaki Charcot akan menimbulkan gejala berupa bengkak pada kaki, kemerahan dan kaki terasa panas apabila disentuh. 

APA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MEMELIHARA KESIHATAN KAKI SAYA?

  1. Periksa kaki anda setiap hari
  2. Basuh kaki anda setiap hari
  3. Pastikan kaki anda lembut dan licin
  4. Potong kuku kaki anda
  5. Sarung kasut atau stokin sepanjang masa
  6. Lindung kaki anda dari panas dan sejuk
  7. Pastikan darah mengalir ke kaki anda
  8. Amalkan diet yang sihat

1. Periksa kaki anda setiap hari

Anda mungkin mempunyai masalah pada kaki, tetapi anda mungkin tidak rasakan sakitnya. Sekiranya pemeriksaan pada kaki anda dilakukan setiap hari, anda boleh merawat masalah tersebut sebelum ia menjadi lebih serius. Anda boleh lakukan setiap hari ketika anda ingin membuka kasut. Jangan lupa untuk periksa bahagian celah jari juga. Jika anda menghadapi kesukaran untuk memeriksa, minta bantuan orang terdekat atau gunakan cermin sebagai panduan.

2. Basuh kaki anda setiap hari

Cuci kaki anda dengan sabun dalam air yang suam, bukan air panas. Kaki anda juga tidak perlu direndam kerana ia boleh menyebabkan kaki menjadi lebih kering. Setelah anda selesai mencuci kaki, sapukan bedak talkum pada celahan jari kaki anda. Ini kerana bahagian celah jari kaki mudah menjadi lembap. Bedak akan membuatkan kulit pada bahagian tersebut kering bagi mengelakkan jangkitan. 

3. Pastikan kaki anda lembut dan licin

Jika terdapat kulit kering atau kematu pada bahagian kaki anda, pastikan anda dapatkan rawatan sewajarnya dari doktor anda. Sekiranya anda mempunyai kerosakan saraf, kematu tersebut boleh menjadi lebih serius. 

Antara yang anda boleh gunakan bagi mengurangkan kulit kering tersebut ialah dengan menggunakan batu pumice atau batu apung selepas anda mandi. Batu apung merupakan sejenis batu yang boleh membantu menghilangkan sel kulit mati. Sapukan dengan perlahan, dan hanya dilakukan dalam satu arah, ini bagi mengelakkan kulit terkoyak. 

 Jangan sesekali anda memotong kulit kering atau kulit mati kerana ia boleh membuatkan kulit anda lebih muda dijangkiti bakteria. Bagi memastikan kulit anda kekal lembut dan licin, anda boleh sapukan losyen, krim atau  Minyak Kelapa Dara (VCO) pada kaki anda. 

4. Potong kuku kaki anda

Potong kuku kaki anda sekiranya perlu selepas anda basuh and keringkan anda. Potong kuku kaki anda secara lurus menggunakan pemotong kuku. Elakkan memotong kuku di bahagia sudut. Cara potongan ini akan mengurangkan risiko kuku jari tumbuh pada kulit dan membuatkan kulit anda terluka. 

5. Sarung kasut atau stokin sepanjang masa

Sebelum memakai kasut, pastikan ada periksa dahulu kasut anda agar tiada batu atau objek lain yang boleh lukakan kaki anda. Pastikan anda memakai stokin ketika anda memakai kasut bagi mengelakkan kaki anda melecet atau sakit. 

6. Lindung kaki anda dari panas dan sejuk

Jika anda mengalami kerosokan saraf, anda mungkin tidak dapat rasa sekiranya kaki anda sedang luka. Antara petua yang anda boleh amalkan bagi melindungi kaki: 

  1. Pakai kasut ketika anda berjalan di permukaan yang panas.
  2. Sapukan krim pelindung matahari.
  3. Jauhkan kaki anda dari pemanas dan tempat pembakaran.
  4. Jangan letakkan air panas pada bahagian kaki.
  5. Sarung stokin anda bagi mengelakkan kaki anda berasa sejuk ketika tidur. 

7.Pastikan darah mengalir ke kaki anda

Apa yang boleh anda lakukan bagi memastikan darah sentiasa mengalir di kaki anda:

  • Ketika anda duduk, pastikan kaki anda juga dilunjurkan paras yang sama.
  • Goyangkan kaki anda untuk beberapa minit setiap hari. Gerakkan buku lali anda ke atas dan ke bawah.
  • Elakkan dari memakai stokin yang terlalu ketat dan jangan ikat stokin yang longgar pada kaki anda dengan getah.
  • Aktifkan diri anda. Pilih aktiviti yang mudah untuk kaki anda seperti, berjalan, menari, yoga atau senaman renggangan, atau berenang. 

8. Amalkan diet yang sihat

Minyak Kelapa Dara mempunyai satu nutrien penting iaitu “Medium Chain Fatty Acid” atau Lemak Tepu Rantaian Sederhana. Berbeza dengan Lemak Tepu lain seperti Produk Tenusu, Susu Lembu, Mentega dan Daging, Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Asid Laurik mempunyai tinggi kandungan MCFA.

MCFA sangat mudah untuk diuraikan kepada tenaga. Dan menariknya, tidak seperti Asid Tepu yang lain, Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak berlebihan di dalam badan. Malah ianya baik untuk jantung dan mengawal kencing manis!

D'Aura Iklan SG website
D'Aura LP Diabetis 4
D'Aura Shopee logo
D'Aura whatsapp button water heater city banner