Perkembangan Bayi: Ketika Trimester Pertama Minggu – Minggu.

Tahukah mommies, perkembangan janin ketika Trimester Pertama berlaku dengan sangat cepat. Dalam 7 minggu yang pertama, perkembangan kandungan mommies dipanggil embrio dan bermula dari minggu ke 8, kandungan mommies akan dipanggil janin. 

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 1 & 2: Bersiap sedia

Tahukah mommies, bagi pengiraan tarikh bersalin mommies, doktor akan bermula dari hari pertama mommies datang haid terakhir. Ini bermakna, ketika mommies haid ia dikira mommies sedang pregnant  walaupun mommies belum pregnant lagi.

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 3: Persenyawaan

Sperma dan ovum akan bercantum di salah satu tiub fallopi mommies untuk membentuk zigot. Jika lebih daripada satu telur dibebaskan dan disenyawakan atau jika telur yang dibuahi menjadi dua, anda mungkin mempunyai beberapa zigot.

Zigot mempunyai 46 kromosom iaitu 23 dari ibu biologi dan 23 dari bapa biologi. Kromosom ini membantu menentukan jantina dan bentuk fizikal janin. Selepas itu, zigot bergerak ke bawah tiub fallopian ke uterus atau dinding rahim. 

PERKEMBANGAN MINGGU 4: Implantasi

Muncul embrio yg terdiri dari 3 lapisan. Lapisan ini akan berkembang menjadi organ-organ badan Kantung ketuban akan mula terbentuk di keliling embrio dan plasenta akan mula menyalurkan oksigen dan nutrisi kepada janin. 

Tengkorak, mulut dan rahang akan mula terbentuk. Lingkaran hitam pada wajah akan terbentuk untuk mata. Sel darah akan mula terbentuk dan berlakunya peredaran darah. Pada minggu ke 4, janin akan berukuran 6-7 mm, sama seperti sebutir beras 

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 5: Level Hormon Meningkat

Human chorionic gonadotropin (HCG) hormone akan mula meningkat dan memberi isyarat kepada ovari untuk menghasilkan estrogen dan progesterone dengan lebih. Hormon mommies akan memberhentikan kitaran haid dimana ia merupakan salah satu simptom yang mommies sedang hamil.

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 6: Neutral Tube akan tutup

Pada minggu ini pula, perkembangan janin berlaku dengan cepat. Otak dan saraf tunjang akan mula membentuk. Begitu juga jantung dan organ lain. Bahagian tangan akan terbentuk seperti pendayung dan tidak lama lagi akan menjadi tangan. 

Saat ini, janin mommies berbentuk seperti kacang dal. Kecil kan dia?

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 7: Kepala Janin akan mula terbentuk

Kepala dan muka janin akan mula berkembang. Bahagian hidung akan mula kelihatan sedikit dan mulalah pembentukan retina. Ketika ini, usia kandungan mommies sudah mula mencecah 2 bulan dan mommies tahu tak, janin mommies hanya sebesar biji kopi sahaja. 

PERKEMBANGAN BAYI  MINGGU 8: Hidung Janin akan mula terbentuk

Jari janin akan mula membentuk dan secara perlahan jari kaki yang berselaput akan hilang. Kemudian, akan terdapat bentuk cengkerang pada bahagian telinga bagi membentuk telinga janin.  Bahagian atas bibir dan hidung juga sudah mula membentuk. Janin mommies sebesar Blueberry

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 9: Hidung Janin sudah mulai nampak

Kelopak mata sudah mula ada tetapi masih bercantum. Jari kaki sudah mula terbentuk. Tangan akan mula berkembang dan siku akan mula membentuk. Ketika ini usia kandungan mommies mencecah 3 bulan dan sebesar Peppermint Candy.

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 10: Siku Janin mula membengkok

Kepala janin akan menjadi semakin bulat. Janinmommies juga sudah boleh untuk membengkokkan tangan. Selaput pada jari kaki dan tangan sudah tiada dan jari-jarinya ia akan menjadi semakin panjang. Kelopak mata dan bahagian telinga luar akan terus berkembang. Tali pusat akan kelihatan dengan lebih jelas. Janin mommies sebesar buah Anggur.

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 11: Alat kelamin janin mula terbentuk

Ketika ini, kepalanya akan kelihatan lebih besar dari badannya. Mukanya akan kelihatan lebar, jarak antara 2 mata semakin jauh. Sel darah merah akan mula terbentuk dalam hati janin. Minggu ini juga, alat kelamin janin akan mula berkembang untuk membentuk samada lelaki atau perempuan. Agak-agaknya anak mommies lelaki ke perempuan ye?

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 12: Kuku akan mulai tumbuh

Mommies berada di penghujung trimester pertama! Yeayy tahniah mommies. Ketika ini, kuku jari kandungan mommies sudah mula tumbuh. Wajah janin mommies juga akan semakin terbentuk. Agak-agaknya ikut muka mommies ke suami mommies? Hehe

Tahukah mommies, anak mommies sebesar buah limau nipis sahaja didalam perut pada minggu ke 12? Hehe comel je dia dalam perut kan. Kami doakan semoga segala urusan mommies dipermudahkan dan mommies dan kandungan mommies sentiasa dalam lindungan-Nya. Good luck mommies!

Seterusnya kita akan sambung Perkembangan Janin: Trimester Kedua pula.