“Ehh betul ke ada cara nak mudah bersalin dan elakkan koyak ni?”
Jahitan bersalin atau secara medikalnya digelar episiotomi adalah potongan yang dibuat pada perineum (antara jalan lahir bayi dan anus). Potongan ini dilakukan bagi membantu melebarkan laluan kelahiran bayi dan mengelakkan koyakan yang serius.
Walaupun episiotomi bukanlah dikategorikan sebagai pembedahan major seperti pembedahan Caesarean, tentu ramai yang ingin mengelakkannya selagi boleh kan?
Buat ibu-ibu hamil yang akan bersalin tak lama lagi, pastikan tengok dulu Video perkongsian dari Pn.Nor Azniza ni dulu ok. Insyaa-allah akan banyak membantu.
Video Kredit – Sentuhan Bidan Nor Azniza
Cara Meneran yang betul adalah salah satu cara untuk mudahkan bersalin dan elakkan koyak. Terdapat juga cara-cara lain yang anda boleh lakukan untuk mudahkan bersalin dan elakkan koyak.
Kami akan kongsikan cara-cara tersebut di Post yang seterusnya ok!
Jemput kongsikan pada kawan-kawan anda yang preggy tau.
Semoga urusan anda dipermudahkan.